BINTANG Avengers yang membawakan watak Hawkeye dalam Avengers, Jeremy Renner kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Ahad.
“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji awal pagi tadi,” kata wakil pelakong itu kepada majalah hiburan, Variety.
Menurut laporan itu lagi, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.
Renner, 51, memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam francais Marvel, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada selama beberapa tahun.
Begitupun, tidak dapat dipastikan lokasi beliau mengalami kecederaan itu, sama ada di rumah atau mungkin di lokasi lain.
Menurut akhbar Reno Gazette-Journal, kawasan itu di utara Nevada menerima salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.
Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.
The Hurt Locker membantu menaikkan namanya yang selepas itu terus terkenal dengan pelbagai naskhah lain termasuk Arrival, American Hustler, 28 Weeks Later, The Bourne Legacy dan dua filem dalam siri Mission: Impossible.
The Avengers pada 2012 mengukuhkannya sebagai sebahagian daripada impian besar Marvel, dengan wataknya muncul dalam beberapa sekuel dan mendapat siri Disney+ sendiri, Hawkeye.
Renner kini membintangi siri Taylor Sheridan, Mayor of Kingstown, yang akan mula bersiaran musim kedua bulan ini.
Agensi
Mon Jan 02 2023

Jeremy Renner kini menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Ahad.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

Adi wira Avengers dibelit Venom?
Gambar itu memaparkan pertemuan Venom dengan beberapa superhero Marvel termasuk Avengers dalam satu situasi yang aneh.

Mobile Legends: Team Saiyan capai sasaran, ungguli tempat teratas MPL 2018
Team Saiyan berada di kedudukan nombor satu Liga MPL Malaysia dan Singapura dengan 16 mata, diikuti pasukan gergasi Singapura, IDNS dengan 14 mata.