Skip to main content

Dunia

Henri Kagan, Kenso Soai menangi Hadiah Nobel Kimia

Hadiah Nobel Kimia tahun ini dianugerahkan kepada Henri Kagan daripada bekas Universiti Paris-Sud dan Kenso Soai daripada Universiti Sains Tokyo kerana “menjadikan kimia memilih imej cermin”. - Foto TT News Agency/Fredrik Sandberg via REUTERS
Hadiah Nobel Kimia tahun ini dianugerahkan kepada Henri Kagan daripada bekas Universiti Paris-Sud dan Kenso Soai daripada Universiti Sains Tokyo kerana “menjadikan kimia memilih imej cermin”. - Foto TT News Agency/Fredrik Sandberg via REUTERS

Advertisement

STOCKHOLM: Hadiah Nobel Kimia tahun ini dianugerahkan kepada Henri Kagan daripada bekas Universiti Paris-Sud dan Kenso Soai daripada Universiti Sains Tokyo kerana “menjadikan kimia memilih imej cermin”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jawatankuasa Nobel Kimia dan Akademi Sains Diraja Sweden di Stockholm mengumumkan pada Rabu bahawa kedua-dua ahli sains itu diiktiraf kerana berjaya menyelesaikan persoalan tentang “homochirality”, iaitu kewujudan dua bentuk imej cermin bagi asid amino, yang hanya satu daripadanya terdapat secara semula jadi dalam sel protein.

“Henri Kagan dan Kenso Soai memberikan penyelesaian kepada satu misteri kimia yang berusia lebih daripada satu abad: bagaimana homokiraliti boleh muncul secara spontan.

Tindak balas kimia yang mereka bangunkan adalah sesuatu yang luar biasa,” kata Heiner Linke, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Kimia.

“Terima kasih kepada Henri Kagan dan Kenso Soai, kita kini mengetahui bagaimana “homochirality”  boleh muncul. Penemuan mereka sangat penting kepada ahli kimia yang mereka bentuk tindak balas untuk penghasilan ubat-ubatan,” menurut petikan rasmi Nobel.

Kedua-duanya bakal menerima hadiah berjumlah 12 juta krona Sweden (US$1.2 juta).

Yayasan Nobel baru-baru ini meningkatkan jumlah hadiah itu sempena sambutan ulang tahun ke-125 penganugerahan hadiah Nobel.

 -- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement