PASUKAN pejuang Houthi di Yaman menyerang kapal kontena dikendalikan Amerika Syarikat (AS) menggunakan peluru berpandu balistik anti-kapal di Teluk Aden.
Menurut jurucakap kumpulan bersekutu Iran, pergerakan Houthi Yaman menyasarkan kapal MV Gibraltar Eagle, namun, setakat ini tiada tiada laporan kecederaan atau kerosakan yang ketara.
Pemilik kapal yang berpangkalan di AS, Eagle Bulk Shipping setakat ini masih belum memberikan reaksi berikutan serangan ini.
Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, sebuah kapal dilanggar dari atas oleh peluru berpandu 95 batu nautika tenggara Aden, tanpa mengenal pasti kapal itu.
Houthi yang disokong Iran yang menguasai sebahagian besar pantai Laut Merah Yaman telah menyerang kapal-kapal komersial di kawasan yang dikaitkan dengan Israel atau menuju ke pelabuhan Israel.
Ia merupakan tindakan yang bertujuan menyokong rakyat Palestin dalam perang dengan Israel di Gaza.
Tentera AS dan Britain bertindak balas minggu lalu dengan melakukan berpuluh-puluh serangan udara dan laut ke atas sasaran Houthi di Yaman.
Serangan berkenaan merupakan tindak balas, susulan AS menyasarkan serangan di kubu kuat pejuang Houthi, yang menyokong Palestin.
Sementara itu jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea berkata, semua kapal dan kapal perang milik AS dan Britain yang mengambil bahagian dalam "pencerobohan" terhadap Yaman akan menjadi sasaran kumpulan itu.
Ia merupakan tindakan solidariti bersama rakyat Palestin yang teruk diserang Zionis melebihi tempoh tiga bulan.
Situasi berkenaan telah menjejaskan perdagangan dan mencemaskan kuasa besar dalam peningkatan perang serantau. - Agensi
Agensi
Tue Jan 16 2024

Menurut jurucakap kumpulan bersekutu Iran, pergerakan Houthi Yaman menyasarkan kapal MV Gibraltar Eagle, namun, setakat ini tiada tiada laporan kecederaan atau kerosakan yang ketara. - Gambar AP

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."

Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.

Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.

Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.

Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.