ANKARA: Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion, di tengah-tengah peningkatan kadar faedah yang diperkenal bagi membendung inflasi yang merekodkan paras tertinggi serta ketidaktentuan yang semakin tinggi, menurut data Jabatan Perbendaharaan.
Jumlah baki hutang awam lebih $31.1 trilion, lapor Agensi Anadolu memetik data pada Selasa.
Pada Julai, Pejabat Belanjawan Kongres (CB) mengunjurkan hutang persekutuan pegangan awam AS bersamaan 98 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun.
Hutang tinggi dan semakin meningkat kepada peratusan KDNK, mungkin memperlahan pertumbuhan ekonomi, menaikkan pembayaran faedah kepada pemegang asing hutang AS dan meningkatkan risiko krisis fiskal, menurut CBO dalam laporan Unjuran Belanjawan Jangka Panjang 2022.
Keadaan ini mungkin menjadikan kedudukan fiskal AS lebih terdedah kepada peningkatan kadar faedah selain mengekang pengubal undang-undang dalam memilih dasar yang perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi AS$31 trilion. - Gambar hiasan/REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan dibelenggu hutang legasi termasuk 1MDB - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata, kedudukan hutang negara tidak melebihi had hutang statutori 60 peratus kepada KDNK.

Hutang kerajaan Persekutuan naik kepada RM792 bilion pada 2019
Jumlah keseluruhan liabiliti Persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

Kejatuhan harga minyak dunia beri kesan kepada semua pihak - Pakar Ekonomi
Kejatuhan harga minyak dunia terus memberi kesan kepada pemain industri tempatan.

Dua tahun sahaja untuk lunas hutang negara - Quebec
Ia akan dilakukan melalui pembayaran AS$7.6 bilion untuk membayar hutang berbanding tempoh lima tahun yang disasarkan kerajaan Liberal sebelum ini.