DETROIT: Sekumpulan penyelidik tidak menyangka aktiviti mengambil data tentang ikan yang biasa dilakukan di sekitar Detroit, Michigan, Amerika Syarikat menemukan mereka dengan seekor 'gergasi sungai'.
Minggu lalu, kecoh di media sosial negara itu berkenaan seekor ikan sturgeon seberat 108.8 kilogram dan dipercayai berusia lebih 100 tahun berjaya ditangkap di Sungai Detroit oleh Jabatan Perikanan dan Hdupan Liar AS.
Ikan yang digelar 'raksasa sungai sebenar' itu berukuran 2.1 meter (7 kaki) panjang, kata agensi itu pada Jumaat di laman Facebook lantas dikongsi sehingga puluhan ribu peminat ikan dan hidupan liar.
“Berdasarkan lebar tubuh dan saiznya, dianggarkan ikan tersebut adalah ebtina yang sudah menghuni perairan sekitarnya selama 100 tahun. Ikan itu segera dilepaskan semula ke sungai berkenaan selepas ditimbang dan diukur, kata agensi berkenaan.
Jangka hayat biasa adalah sekitar 55 tahun bagi sturgeon jantan dan antara 70 hingga 100 tahun bagi betina, menurut Jabatan Sumber Alam MIchigan.
Ikan berkenaan ditangkap pada 22 April berdekatan Grosse Ile di selatan Detroit, ketika tiga kru pengkaji sedang membuat penyelidikan tahunan tentang sturgeon. Ikan goby beku, yang menjadi kegemaran sturgeon, menjadi umpan yang diturunkan jauh ke dasar sungai.
Enam minit diperlukan untuk menaikkan ikan tersebut ke dalam bot menggunakan jaring.
“Saya merasakan ikan itu memakan umpan. Semakin dekat, saya melihatnya semakin besar," ujar Jason Fischer, yang bersama pakar biologi, Paige Wigren dan Jennifer Johnson dalam kajian itu.
Menurut Wigren, dia terlintas memikirkan bahawa pengalamannya itu akan menjadi 'cerita memancing' yang akan terus dikenang.
“Ia agak letih dan tidak terlalu melawan. Bayangkan apa yang telah dilalui sepanjang hayat ikan ini..." kata Wigren.
Sturgeon tasik disenaraikan sebagai spesies terancam di Michigan. Pemancing boleh menyimpan seekor setiap tahun, namun hanya jika ikan itu dalam saiz tertentu dan ditangkap di lokasi perairan tertentu.
Semua sturgeon yang ditangkap di Sungai Detroit perlu dilepaskan semula.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun May 02 2021

Perbandingan saiz ikan sturgeon yang dinaikkan sebentar ke dalam bot dengan salah seorang petugas penyelidikan di Sungai Detroit. - AP

Apple mungkin perkenal MacBook Air M4 seawal minggu ini
Apple Mungkin Perkenal MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Ismail Sabri dipanggil semula Rabu ini, tunggu kesihatan pulih - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.
Subsidi petrol bersasar masih kabur, bimbang rakyat perlu bajet tambahan - YB Bachok
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 membangkitkan persoalan mengenai ukuran kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang masih belum dimuktamadkan.
Katanya, soal kelayakan subsidi penting supaya rakyat dapat menyusun belanjawan peribadi dan keluarga mereka.
"Jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di pihak kerajaan ini masih berterusan Bachok bimbang bukan sahaja kerajaan perlukan bajet tambahan, rakyat juga," jelasnya.
Katanya, soal kelayakan subsidi penting supaya rakyat dapat menyusun belanjawan peribadi dan keluarga mereka.
"Jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di pihak kerajaan ini masih berterusan Bachok bimbang bukan sahaja kerajaan perlukan bajet tambahan, rakyat juga," jelasnya.

Ismail Sabri adalah suspek, bukan dipanggil sebagai saksi - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini adalah sebagai seorang suspek, bukan saksi.
Penunjuk perasaan cetus kekecohan di hadapan rumah Netanyahu
Kesemua mereka bertindak menghalang jalan serta mengancam untuk terus berada di situ sehingga kerajaan bersetuju dengan perjanjian bagi membawa pulang semua tebusan yang masih ditahan.
RUU Majlis Media: Penglibatan persatuan wartawan penting, tentukan arah tuju
Menurut Pensyarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, tanggungjawab tersebut difahami dalam kalangan golongan itu dan kerajaan sewajarnya berperanan sebagai pemudah cara.

Parlimen Arab kecam sekatan bantuan Israel ke Gaza
Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan.

Ili Ruzzana sertai Hitz Morning Crew bersama Anne & Prem
Penyampai segmen HITZ Toningt Ili Ruzzana menyertai HITZ Morning Crew bersama Anne & Prem mulai 3 Mac ini.

AS berulang kali tekankan keamanan Ukraine lebih penting daripada jaminan keselamatan
Amerika Syarikat (AS) berulang kali menjelaskan kepada Ukraine bahawa usaha mencapai keamanan adalah lebih penting daripada jaminan keselamatan.

Ikan sturgeon berusia lebih 100 tahun, seberat 109kg ditemui di Detroit
Ikan yang digelar 'raksasa sungai sebenar' itu berukuran 2.1 meter (7 kaki) panjang, menurut Jabatan Perikanan dan Hdupan Liar AS.