NEW DELHI: Kerajaan India telah mengharamkan saluran televisyen popular berbahasa Malayalam dalam kalangan masyarakat India di negara-negara Teluk Arab yang berasal dari negeri Kerala.
Mahkamah Tinggi Kerala pada Selasa mengekalkan perintah terbaharu yang diluluskan Kementerian Penerangan dan Penyiaran persekutuan bagi membatalkan lesen saluran berita MediaOne.
Madhyamam Broadcasting Limited, pengendali saluran berita MediaOne merayu kepada mahkamah berhubung tindakan kementerian itu.
Mahkamah berkata terdapat maklumat risikan keselamatan yang mewajarkan saluran itu dinafikan hak penyiaran.
Ketua pengarang kumpulan Madhyamam, O. Abdurahiman berkata tindakan kementerian pada 31 Jan memberi alasan atas faktor keselamatan untuk menafikan lesen pautan naik saluran itu.
"Kami telah menghentikan siaran mulai hari ini. Kami akan merayu keputusan mahkamah," katanya kepada Bernama pada Selasa.
"Kami merupakan antara saluran televisyen terkemuka Kerala. Kami adalah nombor satu antara semua saluran di rantau negara-negara Teluk Arab yang ditonton bukan pemastautin (NRI) dari Kerala," tambahnya.
MediaOne menggaji 300 wartawan dan pekerja lain.
Kira-kira 8.5 juta pekerja India bekerja di Asia Barat (Timur Tengah) dan sebahagian besarnya berasal dari Kerala.
Saluran itu memaparkan isu berkaitan komuniti Islam dan melaporkan secara meluas mengenai keganasan komunal (rusuhan kaum) di timur laut Delhi pada Februari 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Mahkamah berkata terdapat maklumat risikan keselamatan yang mewajarkan saluran itu dinafikan hak penyiaran. - Gambar hiasan
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Bekas CEO Fox didapati bersalah terbabit rasuah dapatkan hak penyiaran Piala Dunia
Keputusan itu dibacakan barisan Juri Persekutuan Brooklyn selepas perbincangan dilakukan selama empat hari.
India sekat saluran TV popular perantau India di wilayah Teluk Arab
Madhyamam Broadcasting Limited, pengendali saluran berita MediaOne merayu kepada mahkamah berhubung tindakan kementerian itu.
Astro Arena siar aksi Liga Thai bermula Oktober
Memberikan keutamaan kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, perlawanan akan ditayang secara langsung bermula 1 Oktober 2021.
Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai
Pertikaman lidah antara pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman dengan FAM dan MFL akhirnya selesai menerusi pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
MFL jelaskan punca hak penyiaran tidak diagihkan
Situasi itu menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana terpaksa berputih mata selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan gagal dilangsaikan.
Pasukan bola sepak tempatan bakal terima 'bayaran' penyiaran
Baginda yang juga Pengerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bertitah ia bakal dinikmati semua pasukan bola sepak Malaysia yang bertanding dalam Liga Malaysia selama 10 tahun.
PBNJ derma hasil hak penyiaran
Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan persatuan itu tidak akan mengambil perolehan hak penyiaran daripada FAM.
Rasuah: Blatter, Platini bakal berdepan penggantungan 90 hari
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Sepp Blatter dan Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini bakal berdepan penggantungan selama 90 hari.