ANTARA perkara di sebalik tabir yang berlaku dalam penganjuran Grand Prix Indonesia ialah kehadiran pawang atau bomoh hujan.
'Teknologi' tradisional yang dipercayai berkesan dalam mengubah cuaca ini sudah biasa diamalkan dalam pelbagai acara di negara itu.
Dari acara peringkat kejiranan atau komuniti, Liga Kelas 1, pembukaan Sukan Asia, kini MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini.
“Saya merupakan pawang hujan yang disyorkan oleh Erick Thohir (Menteri Badan Usaha Milik Negara) dan sering mengawasi acara Presiden Jokowi, bersama-sama pasukan penyelaras lapangan untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa,” kata bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari, kepada Kompas.
"Di sini, saya diminta menurunkan suhu agar lembap dan sejuk dengan sedikit hujan.
"Kita di Indonesia sudah biasa dengan iklim tropika, tetapi pelumba dari luar negara minta cuaca sejuk. Saya minta sokongan untuk semua berjalan dengan baik," katanya.
Dia juga menerangkan ritual berbeza untuk 'memanggil atau menolak' hujan.
Ritual itu melibatkan persembahan yang dikelilingi oleh parit air, selain ritual lain melibatkan ketulan ais dan abu kayu.
"Ia mesti dimulakan dengan doa. Itulah kekuatan doa, kemahiran warga tempatan, masyarakat Indonesia zaman dahulu juga terkenal dengan kuasa ghaib dan saya menggunakan kebolehan ini untuk membantu," katanya.
Rara juga mengakui sudah terlibat sejak ujian pramusim. Bagaimanapun, dia hanya mula 'mengawasi' Litar Mandalika sejak 1 Mac lalu.
Malah katanya, dia diminta segera 'memanggil' hujan pada tempoh 9 Mac sehingga 11 Mac bagi membantu menyejukkan trek yang baru diturap semula.
Rara menyedari ramai yang mempunyai pandangan serong terhadap 'kerjaya'nya.
"Saya berharap dengan limpah kurnia Tuhan kepada saya, saya dapat berkomunikasi dengan awan, darat, air, dan udara, dan saya cuba membantu apabila diperlukan,” katanya.
Agensi
Sun Mar 20 2022

MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini. - Twitter/MotoGP
AWANI Ringkas: Taklimat kerajaan kukuhkan komunikasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat setakat tahun ini, paras hutang negara berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.
Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.
"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.
Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.
"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.
[TERKINI] Sidang Media SPRM
Ikuti sidang media SPRM membabitkan perkembangan terkini berkaitan operasi yang dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya turut hadir pada sesi sidang media ini.

Siasatan terhadap Ismail Sabri tiada motif politik, bukan ikut arahan mana-mana pihak - Azam Baki
Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi beliau bukan bermotif politik.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Apple mungkin perkenal MacBook Air M4 seawal minggu ini
Apple Mungkin Perkenal MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Ismail Sabri dipanggil semula Rabu ini, tunggu kesihatan pulih - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.
Subsidi petrol bersasar masih kabur, bimbang rakyat perlu bajet tambahan - YB Bachok
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 membangkitkan persoalan mengenai ukuran kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang masih belum dimuktamadkan.
Katanya, soal kelayakan subsidi penting supaya rakyat dapat menyusun belanjawan peribadi dan keluarga mereka.
"Jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di pihak kerajaan ini masih berterusan Bachok bimbang bukan sahaja kerajaan perlukan bajet tambahan, rakyat juga," jelasnya.
Katanya, soal kelayakan subsidi penting supaya rakyat dapat menyusun belanjawan peribadi dan keluarga mereka.
"Jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di pihak kerajaan ini masih berterusan Bachok bimbang bukan sahaja kerajaan perlukan bajet tambahan, rakyat juga," jelasnya.

Indonesia guna 'bomoh hujan' dalam penganjuran MotoGP
Kini MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini.