JAKARTA: Indonesia menyaksikan peningkatan trend bencana tahun ini, merekodkan 1,000 kejadian menjelang pertengahan tahun 2024 berbanding 5,400 insiden sepanjang tahun 2023, dengan purata 20 insiden sehari, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).
Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto menegaskan bahawa bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi oleh faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
"Walaupun jumlah bencana meningkat setiap tahun, tahap risiko cenderung untuk menurun disebabkan oleh usaha bersepadu dalam mitigasi, kesiapsiagaan dan sistem amaran awal yang berkesan, yang difasilitasi melalui kerjasama antara komuniti dan pihak berkuasa," katanya.
Kenyataannya itu susulan pemerhatian beliau terhadap penduduk dari Kampung Girikerto di Sleman, Yogyakarta, menjalankan latihan pemindahan diri pada Khamis untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan risiko dari letusan Gunung Merapi, menurut kenyataan BNPB pada Jumaat.
Suharyanto menyatakan peningkatan ketara dalam insiden bencana daripada letusan gunung berapi pada 2024, khususnya letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat baru-baru ini yang berlaku kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan 72 kematian dan kerosakan material yang signifikan.
Penilaian awal oleh BNPB mendedahkan bahawa Gunung Marapi kini hanya mempunyai dua daripada 56 empangan penyekat yang dirancang untuk disiapkan menjelang 2026 bagi mitigasi aliran lahar manakala Gunung Merapi telah mempunyai lebih daripada 200 empangan penyekat sebagai penghalang.
Mengenai Gunung Ruang di Sitaro, Sulawesi Utara, beliau menyatakan bahawa amaran awal dan pemindahan yang tertangguh boleh menyebabkan kematian, kerana kira-kira 830 penduduk masih tinggal berhampiran gunung itu, di mana dua kampung musnah sepenuhnya oleh letusan berkenaan.
Seterusnya, Gunung Ibu di Halmahera Barat, Maluku Utara, baru-baru ini meletus menyebabkan pihak berkuasa memulakan usaha tindak balas kecemasan walaupun ia diturunkan kepada tahap III atau "Waspada", mengakibatkan 1,500 keluarga masih kehilangan tempat tinggal.
Di Nusa Tenggara Timur, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Ile Lewotolok sedang mengalami letusan dan dikategorikan sebagai "Waspada".
Sementara itu, Suharyanto memuji komuniti di sekitar Gunung Merapi atas kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan, pemantauan dan persiapan yang patut dicontohi.
Beliau menekankan kepentingan mematuhi amaran, merujuk kepada letusan Gunung Semeru pada tahun 2021 yang mengorbankan 57 nyawa, dan banjir lahar pada 2023 yang menyebabkan kematian kerana mengabaikan amaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.