JAKARTA:Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter, awal pagi tadi.
Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Dwikorita Karnawati dalam siaran media menerusi webinar berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 28 gempa susulan bermagnitud sederhana di bawah 5 Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan.
Menurut analisis BMKG, gempa itu disebabkan pergerakan batuan dan tanah Mamuju dan ia adalah ulangan pergerakan batuan dan tanah yang pernah terjadi pada tahun 1969 (yang mencetuskan gempa 6.9 Skala Richter) dan 1984 (yang mencetuskan gempa 6.7 Skala Richter).
"Gempa susulan (yang lebih kuat) memungkinkan untuk terjadinya tanah runtuh di dasar laut sehingga berpotensi terjadi tsunami ," kata Dwikorita.
BACA: Gempa Sulawesi: Sekurang-kurangnya tiga maut, puluhan cedera, 2,000 penduduk dipindahkan
BACA: Gempa bumi kuat landa Sulawesi, Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia kini mengeluarkan arahan supaya penduduk di kawasan terbabit menjauhi kawasan pantai dan lereng bukit, kerana gempa susulan dikhuatiri berpotensi berlaku tsunami atau kejadian tanah runtuh.
Sementara itu, Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Dr. Raditya Jati, dalam satu kenyataan berkata pasukan mencari dan penyelamat melibatkan pelbagai agensi seperti BNPB, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), tentera, polis dan agensi lain yang berkaitan, dikerahkan ke kawasan kejadian.
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 Skala Richter, berpusat di 6km Timur Laut-Majene-Sulawesi Barat, pada kedalaman 10km berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan ramai mangsa berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan serta kejadian tanah runtuh.
Menurut BNPB dalam satu kenyataan setakat pukul 11 pagi tadi, lebih 600 cedera, ratusan rumah dan bangunan termasuk Rumah Sakit (hospital) Mitra Manakarra Mamuju runtuh, manakala lebih 15,000 penduduk kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah Sulawesi Barat Darno Majid dalam satu kenyataan di televisyen tempatan berkata sehingga 12 tengah hari ini, 16 orang ditemukan terkorban dan pasukan mencari dan menyelamat masih mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.
"Bekalan elektrik terputus di Majene dan Mamuju, jaringan komunikasi juga tidak stabil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

Sehingga kini, 16 orang ditemukan terkorban dan pasukan mencari dan menyelamat masih mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan. - Gambar/ AP

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Indonesia keluar amaran tsunami, gempa lebih kuat di Sulawesi Barat
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter.