JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap perjudian dalam talian, menyekat sebanyak 2,945,150 laman sesawang perjudian dari Julai 2023 hingga 13 Jun 2024.
Kementerian itu juga menangani 16,596 kes kandungan perjudian yang menyusup ke platform pendidikan dan 18,974 di laman sesawang kerajaan, serta mendesak penutupan 555 akaun e-dompet yang dikaitkan dengan aktiviti perjudian haram.
Menteri Budi Arie Setiadi, dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata tindakan tegas itu diambil di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan pesat perjudian dalam talian dan kesannya terhadap masyarakat.
Kementerian itu juga mengeluarkan amaran keras kepada platform digital utama, termasuk X, Telegram, Google, Meta dan TikTok, menekankan potensi denda sehingga 500 juta rupiah (US$30,328) setiap kandungan bagi ketidakpatuhan, manakala Penyedia Perkhidmatan Internet yang gagal bekerjasama berisiko kehilangan lesen mereka.
"Kesan negatif perjudian dalam talian sangat mendalam, mempengaruhi ekonomi, struktur sosial kita dan bahkan mengakibatkan tragedi peribadi," kata Budi Arie.
Presiden Joko Widodo atau Jokowi baru-baru ini turut menyeru rakyat untuk mengelakkan aktiviti perjudian, baik dalam talian mahupun luar talian.
"Jangan berjudi... Jangan berjudi... Jangan berjudi... sama ada di luar talian atau dalam talian. Lebih baik menyimpan atau melaburkan pendapatan anda dalam usaha perniagaan," kata Jokowi sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kesan buruk perjudian terhadap keluarga dan masyarakat.
Minggu lepas, media tempatan melaporkan insiden tragis di Mojokerto, Jawa Timur, di mana seorang anggota polis wanita membakar suaminya sehingga mati selepas bertengkar mengenai penglibatannya dalam aktiviti perjudian dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Tindakan tegas itu diambil di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan pesat perjudian dalam talian dan kesannya terhadap masyarakat. - Gambar hiasan
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Indonesia lancar tindakan tegas terhadap judi dalam talian, sekat hampir 3 juta laman sesawang
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap perjudian dalam talian.