JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga presiden terpilih dan akan mengangkat sumpah jawatan pada Oktober, mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Penghantaran ini bertujuan untuk memantau gencatan senjata masa depan antara Palestin dan Israel, lapor agensi berita ANTARA.
"Kami bersedia menyumbangkan pasukan pengaman untuk mengekalkan dan memantau gencatan senjata nanti serta memberikan perlindungan dan keselamatan kepada semua pihak," kata Prabowo dalam ucapannya semasa Dialog Shangri-La ke-21 di Singapura, pada Sabtu.
Kesediaan untuk menyumbangkan pasukan pengaman menekankan komitmen Indonesia untuk mengekalkan keamanan di Gaza dan merealisasikan gencatan senjata yang berpanjangan antara pihak yang bertelagah, katanya.
Beliau berkata ini mencerminkan sokongan Indonesia terhadap penyelesaian dua negara sebagai resolusi akhir kepada konflik Israel-Palestin.
Menteri itu juga mengesahkan bahawa Indonesia bersedia menghantar petugas perubatan untuk mengendalikan hospital lapangan di Gaza, dengan persetujuan semua pihak yang berkaitan.
"Indonesia juga sangat bersedia untuk membawa keluar dan merawat orang awam Palestin yang cedera dan memerlukan rawatan di hospital lapangan Indonesia," kata Prabowo.
Beliau mendedahkan bahawa Presiden Joko Widodo telah mengarahkannya untuk membawa keluar, menerima, dan memberikan rawatan perubatan kepada 1,000 pesakit dari Palestin dalam masa terdekat.
Di forum antarabangsa berkenaan, menteri itu menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam merealisasikan gencatan senjata yang komprehensif dan kekal serta keamanan yang berpanjangan antara Palestin dan Israel.
Prabowo berkata walaupun Gaza berada di Timur Tengah dan bukan di Asia Tenggara, konflik itu menjadi perhatian utama rakyat Indonesia yang bersimpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang mereka anggap sebagai saudara mereka.
Indonesia juga memahami keperluan untuk menyelesaikan konflik yang telah berlarutan selama beberapa dekad tanpa penyelesaian konkrit, katanya.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Prabowo berkata ini mencerminkan sokongan Indonesia terhadap penyelesaian dua negara sebagai resolusi akhir kepada konflik Israel-Palestin. - Foto fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Prabowo seru media supaya punyai integriti sempena Hari Pers Nasional Indonesia ke-79
Prabowo mengakui cabaran yang dihadapi industri media, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.

Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.

Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.

Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.

Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.

Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.