TEHRAN: Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.
“Ia sudah berakhir dari sudut pandangan kami, namun tentera kami sentiasa siap siaga untuk bertindak jika wujud ancaman daripada musuh,” ujarnya pada Ahad beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan operasi menggemparkan itu.
Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala perlahan itu untuk menghantar isyarat kepada Israel bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka.
"Tehran boleh melancarkan serangan berskala besar jika ia memilih untuk merentasi pelbagai vektor," ujar penganalisis kanan di Institut Dasar Strategi Australia di Washington, Nishank Motwani.
[LAPOR LANGSUNG] Konflik Iran-Israel: Malaysia gesa henti permusuhan, fokus kepentingan Palestin
Sejak awal bulan lalu, pihak berkuasa Iran telah berulang kali memberi amaran mahu 'menghukum' rejim Zionis kerana membunuh tujuh anggota IRGC termasuk dua jeneral unit elit Quds ketika ia melancarkan serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.
Beberapa hari selepas insiden itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameni berkata, Israel akan 'ditampar' atas perbuatan mereka yang jelas menunjukkan Teheran tidak akan berdiam diri.
Sejak Revolusi 1979, Israel telah menjadi seteru utama negara republik Islam tersebut malah ia berulang kali menggesa tindakan membinasakan rejim Tel Aviv dengan sokongan ke atas tuntutan Palestin sebagai salah satu tonggak revolusi mereka.
Sehingga Sabtu, Tehran mengelak serangan secara terus ke atas Israel walaupun ia kekal menyokong gerakan Paksi Penentangan Anti-Israel terdiri daripada pejuang Hizbullah dan Huthi sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.
Beberapa jam sebelum Operasi Janji Benar bermula, Tehran dilaporkan merampas kapal kontena yang didakwa ada kaitan dengan Israel di perairan Teluk yang turut dikecam Amerika Syarikat (AS). - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 14 2024
![Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713070289_Iran.jpg)
Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala perlahan itu untuk menghantar isyarat kepada Israel bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka. - Foto Reuters
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739938848_TBJDT.jpg)
ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679122936_WanRoslanWanHamat.jpg)
Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.
![Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713078435_drones.jpg)
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
![Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713070289_Iran.jpg)
Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir
Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.
![Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709710644_AnwarIbrahim.jpg)
Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.
![Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal' Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713083139_TBisrael.jpg)
Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'
Serangan semalaman Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel telah 'digagalkan' kata tentera Israel.
![Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712038156_FadillahYusof.jpg)
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
![Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713078435_drones.jpg)
Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis
Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu.
![Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668448273_SaifuddinAbdullah.jpg)
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
![Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713063567_IranmissilesIsr.jpg)
Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron
Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran.
![Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713070289_Iran.jpg)
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.