BAITULMUQADDIS: Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu telah menyiarkan semula notis dalam bahasa Ibrani, Arab dan Inggeris yang menjelaskan prosedurnya pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
"Selepas mengumpulkan bukti dan mengenal pasti suspek, pihak pendakwaan meminta hakim ICC untuk mengeluarkan sama ada waran tangkap, yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa negara, atau sepina untuk suspek hadir secara sukarela," menurut notis itu.
Ini menandakan kali keempat sejak awal Jun bahawa ICC telah berkongsi siaran itu di akaun media sosialnya.
Pada 20 Mei, pendakwa raya ICC Karim Khan mengumumkan bahawa beliau telah meminta waran tangkap untuk Netanyahu dan Gallant atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Semenanjung Gaza.
Tiada keputusan rasmi daripada mahkamah telah dibuat.
Walaupun Israel telah mengecam dan menolak permintaan pendakwa raya, masih tidak jelas bagaimana Tel Aviv akan bertindak balas jika waran tangkap dikeluarkan.
"Perbincangan sedang dijalankan di Israel mengenai strategi pertahanan untuk Netanyahu, Gallant dan negara Israel sekiranya ICC mengeluarkan waran tangkap,
"Persiapan itu bertujuan untuk memastikan Israel bersedia jika keputusan sedemikian dibuat oleh hakim ICC," kata penyiar awam Israel KAN.
KAN berkata masih tidak jelas sama ada Israel akan mengemukakan pembelaan undang-undang di The Hague kerana Tel Aviv tidak mengiktiraf kuasa mahkamah itu.
Israel bukan ahli ICC, manakala Palestin diterima sebagai ahli pada tahun 2015.
ICC, yang ditubuhkan pada 2002, adalah badan antarabangsa bebas yang tidak bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana institusi antarabangsa lain, dan keputusannya mengikat.
Walaupun Israel menolak bidang kuasa ICC, kuasa mahkamah itu meliputi wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, membolehkannya mendakwa pegawai Israel yang dituduh melakukan jenayah di kawasan itu.
Dalam temu bual pada 21 Mei dengan CNN, Khan mendedahkan bahawa beliau telah menerima ugutan semasa menyiasat pegawai Israel.
Israel, mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu telah menyiarkan semula notis dalam bahasa Ibrani, Arab dan Inggeris yang menjelaskan prosedurnya pada Ahad. - Gambar Reuters

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.

Lebih 700 aktivis iklim ditahan di The Hague
Antaranya, 12 individu menghadapi pertuduhan atas kesalahan jenayah seperti hasutan dan serangan, serta dibawa ke balai polis.

Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.

Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague
Letupan berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague.

Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant
Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.

Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia
Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula
ICJ di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin.

Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.

ICJ akan dengar kes genosid ke atas Israel minggu depan
Kes genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di The Hague minggu depan.

MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas