TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akhirnya mengakui kesilapan tentera mereka membunuh kakitangan agensi bantuan ketika banyak pihak menggesa rejim Tel Aviv mendedahkan butiran lanjut laporan siasatan mereka secara telus.
Laporan insiden yang meragut tujuh nyawa staf World Central Kitchen (WCK) menemui kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang membawa kepada pemecatan dua pegawai tinggi dan seorang komander kanan menerima teguran rasmi.
Ketua Mekanisme Penilaian dan Pencari Fakta IDF, Yoav Har-Even berkata, pasukan terlibat serangan itu kononnya tidak dapat melihat dengan jelas logo WCK pada bumbung kenderaan tersebut kerana keadaan gelap.
“Mereka menyangka terdapat pejuang Hamas dalam salah sebuah daripada tiga kereta berkenaan. Serangan kemudiannya dilancarkan. Tindakan melulu itu melanggar prosedur operasi standard IDF,” ujarnya.
Jelasnya lagi, siasatan itu mendapati tentera Israel tersilap membuat pengecaman suspek hingga ia bertindak melancarkan dron menyasarkan tiga kenderaan WCK pada lewat malam Isnin.
Insiden pembunuhan ke atas tujuh staf agensi bantuan termasuk warga Britain, Australia dan Poland itu telah mengundang kemarahan komuniti global sepanjang minggu lalu.
Bagi menutup kesilapan memalukan itu, rejim Tel Aviv mengumumkan ia akan memberikan akses sementara kepada penghantaran bantuan ke kawasan utara Gaza melalui lintasan sempadan Erez yang kini diancam kebuluran.
Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang potensi untuk melakukan anjakan paradigma terhadap dasar mereka berhubung kempen pengeboman ganas Israel di Genting Gaza. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 06 2024

Pasukan terlibat serangan itu kononnya tidak dapat melihat dengan jelas logo WCK pada bumbung kenderaan tersebut kerana keadaan gelap. -Gambar fail/Reuters
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.