GAZA: Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya, kata Pejabat Penerangan Kerajaan di sini.
Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan dan kesihatan yang meruncing berikutan serangan ke atas Gaza dan kebergantungan penduduk kepada sumber alternatif, seperti kayu api, arang dan runtuhan bangunan untuk menghidupkan api, mengakibatkan ratusan penduduk menghadapi masalah pernafasan.
Ia berkata ratusan kes masalah pernafasan direkodkan akibat mereka berjam-jam terdedah kepada api yang digunakan untuk memasak dan berdiang yang akan memburukkan lagi krisis dan meningkatkan kes kanser paru-paru dan penyakit berkaitan pernafasan kerana menghidu gas yang berbahaya.
Realiti kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang sukar memerlukan campur tangan segera untuk menoktahkan krisis ini dan membawa masuk barangan keperluan asas, yang paling utama ialah gas memasak dan bahan api, kata pejabat itu.
Ia menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak prihatin supaya memberikan tekanan terhadap Israel untuk segera menangani krisis ini dan membenarkan kemasukan bekalan gas memasak dan bahan api,menurut Petra.
Kenyataan itu menekankan bahawa menyekat akses kepada keperluan barangan asas adalah satu jenayah selain daripada serangan genosid Israel terhadap warga Palestin sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024

Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza. - Foto Reuters

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.

UNRWA desak campur tangan PBB berhubung sekatan Israel
Lazzarini turut menekankan bahawa perintah berasaskan peraturan antarabangsa sedang runtuh, mengulangi kekejaman yang membawa kepada penubuhan PBB.

Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai dua hari selepas tentera Israel tinggalkan kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya.