Isteri kepada penyanyi kumpulan heavy metal terkemuka dunia Iron Maiden meninggal dunia dalam satu insiden tragik pada pagi Isnin.
Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10 pagi, lapor portal standard.co.uk.
"Ini tragedi dahsyat yang nampak seperti satu insiden tragik.
"Anak-anak kami Austin, Griffin dan Kia sangat berduka cita.
"Kami tidak akan membuat sebarang kenyataan dalam keadaan yang amat sukar dan mendukacitakan kami sekeluarga ini sebagai menghormati mendiang Paddy," kata Dickinson dalam satu kenyataan.
Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima laporan kejadian pada pagi Isnin.
“Dua kru ambulans dihantar ke lokasi dan tiba dua minit kemudian.
“Malangnya, mangsa telah meninggal dunia."
Dickinson dan Bowden berkahwin pada tahun 1990 selepas menjalani hubungan selama dua tahu.
Pasangan ini bagaimanapun dipercayai berpisah pada tahun 2018.
Difahamkan Dickinson, 61, kini tinggal bersama teman wanita Liana Dolci di Paris.
Mendiang Bowden meninggalkan tiga anak yang berusia sekitar 20-an.
Tiada maklumat lanjut dikeluarkan tentang kematian mendiang setakat ini.
Iron Maiden ditubuhkan di timur London pada 1975 dan menjadi antara kugiran heavy metal tersohor dunia dengan jualan album melebihi 100 juta di seluruh dunia.
Astro Awani
Mon May 18 2020

Paddy Bowden (kanan), isteri kepada Bruce Dickinson (kanan), dijumpai mati di kediamannya sekitar jam 10 pagi Isnin. -Twitter/ @wrathchild16

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati dalam 'insiden tragik'
Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10 pagi.

Vokalis Iron Maiden buka syarikat penerbangan sendiri
Penyanyi utama Iron Maiden, Bruce Dickinson yang juga seorang juruterbang komersial sejak 20 tahun lalu, bakal membuka syarikat penerbangannya sendiri.