Seorang pemenang loteri memilih untuk berpakaian putih, bersarung tangan hitam dan bertopeng, meniru dari filem 'Scream' tahun 1996, ketika tampil menuntut jutaan dolar yang dimenanginya.
Dia yang hanya dikenali sebagai A Campbell itu dilaporkan menuntut hadiah bernilai lebih 158 juta dolar Jamaica (kira-kira RM4.8 juta) minggu lalu di sebuah hotel di ibu negara Jamaica ini.
Menurut laporan The Washington Post, selepas diisytiharkan pemenang Super Lotto pada November 2018, Campbell mengambil masa 54 hari mengumpul keberanian sebelum menuntut hadiahnya.
Dia malah mengalami sakit kepala dan sakit perut selama beberapa hari memikirkan dia telah memenangi wang dalam jumlah yang besar.
Akhbar Jamaica Star memetik Campbell berkata, dia ingin membeli “sebuah rumah yang cantik” dengan wang yang diperolehinya itu.
“Saya suka mengendalikan wang” katanya.
Tambahnya lagi: “Saya tidak meminta sedekah atau meminjam. Oleh itu, saya sedang merancang untuk menggunakan duit itu dengan baik.
"Saya mempunyai satu bisnes kecil dan merancang untuk meluaskannya serta membeli sebuah apartmen. Saya suka bila ada wang.”
Tahun lepas di Jamaica, seorang wanita yang memenangi jackpot Super Lotto dilaporkan turut mengenakan topeng dengan emoji muka senyum ketika mengambil hadiahnya.
Simone Clarke-Cooper, penolong naib presiden Komunikasi Korporat Kumpulan di Supreme Ventures dilaporkan berkata, perbuatan memakai kostum semasa menuntut hadiah memang pernah dilakukan sebelum ini.
Supreme Ventures merupakan pengendali loteri itu di Caribbean.
"Di pasaran lain, mereka biasanya tidak memakai kostum. Tetapi di sini, saya rasa mereka melakukannya untuk menjaga keselamatan diri.
"Kami tidak akan menghalang mereka dari melakukannya kerana keselamatan mereka juga amat penting bagi kami. "
Trend ini bukan asing. Di negara lain, seperti China, pemenang loteri hadir dengan kostum beruang panda, bayi dan robot untuk melindungi identiti mereka.
Agensi
Fri Feb 15 2019

Campbell bergambar dalam kostum Scream sambil memegang hadiahnya. - Instagram @supremeventures

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Jaga keselamatan, pemenang loteri tuntut jutaan dolar pakai kostum 'Scream'
Dia yang hanya dikenali sebagai A Campbell itu dilaporkan menuntut hadiah bernilai lebih 158 juta dolar Jamaica (kira-kira RM4.8 juta) minggu lalu di sebuah hotel di Kingston, ibu negara Jamaica.