SHENZHEN: Jambatan Shenzhen-Zhongshan, sebuah laluan mega merentasi laut di selatan China yang mempunyai dua jambatan, dua pulau buatan dan terowong bawah laut, dibuka untuk lalu lintas pada 3 petang Ahad, lapor Xinhua.
Dengan jarak sepanjang 24 kilometer (km), jambatan itu secara drastik mengurangkan masa perjalanan antara bandar Zhongshan dan hab teknologi Shenzhen, dari dua jam kepada kira-kira 30 minit.
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jambatan Shenzhen-Zhongshan adalah satu lagi projek pengangkutan berskala besar di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao (GBA), selepas Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao, yang terletak kira-kira 31 km di selatan infrastruktur baharu itu.
"Pembukaannya akan membentuk semula susun atur rangkaian jalan Muara Sungai Mutiara, memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial GBA," kata ketua jabatan pengangkutan wilayah Guangdong, Lin Feiming.
GBA yang merangkumi Hong Kong, Macao dan sembilan bandar di Guangdong, meliputi 56,000 kilometer persegi. Kawasan ini mencapai jumlah keluaran ekonomi melebihi 14 trilion yuan (US$1.96 trilion) pada tahun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024
Dengan jarak sepanjang 24 kilometer (km), jambatan itu secara drastik mengurangkan masa perjalanan antara bandar Zhongshan dan hab teknologi Shenzhen, dari dua jam kepada kira-kira 30 minit. - Video Screenshot REUTERS
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.