Tabung Haji (TH) akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu gilira selama 107 tahun.
Sehubungan itu, TH menetapkan, jemaah yang telah menunaikan fardu haji tidak dibenarkan mendaftar untuk kali kedua.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, polisi tersebut diperkenalkan kerana waktu menunggu bagi jemaah yang belum pergi menunaikan haji adalah terlalu lama.
"Yang dah pergi haji, tidak boleh daftar lagi kerana ketika ini kita ada seramai 3.2 juta orang mendaftar untuk pergi haji.
"Setahun kita cuma boleh hantar 30,000 jemaah sahaja, secara matematiknya waktu menunggu bagi jemaah mencapai 107 tahun," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Jumaat.
Ditanya mengenai dakwaan terdapat segelintir individu yang menjadikan TH sebagai tempat untuk melabur bagi menerima hibah, Zukri mengiyakan perkara itu sambil menyatakan sebahagian daripada pendeposit TH merupakan orang kaya.
"Memang benar sebahagian besar daripada pendeposit TH merupakan golongan kaya dan berada, mereka simpan di TH untuk melaburlah.
"Perkara ini terpulang kepada Lembaga Pengarah TH yang baharu untuk berbincang dan sama ada untuk melakukan sesuatu terhadap sistem ini," jelas beliau lagi.
BACA: Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid
BACA: 1.25 peratus, hibah terendah dalam sejarah Tabung Haji
Afiezy Azaman
Fri Apr 05 2019


Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jemaah yang telah tunai haji, tidak dibenarkan daftar untuk kali kedua - TH
Tabung Haji pastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu gilira selama 107 tahun.