JAKARTA: Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk menyelesaikan krisis di Myanmar.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Aung Hlaing juga setuju supaya ASEAN menghantar wakil ke Myanmar untuk menilai situasi serta mencari langkah penyelesaian terbaik.
“Selepas kami bentangkan cadangan, Pengerusi memberi peluang kepada Jeneral untuk memberi maklum balas.
“Dia tidak menolak apa yang dikemukan oleh saya dan rakan-rakan lain.
“Malah, dia kata bersetuju untuk menerima wakil atau envoi dari ASEAN untuk datang ke sana (Myanmar) di waktu yang sesuai,” kata Muhyiddin pada sidang media selepas Pertemuan Pemimpin Pemimpin ASEAN di Sektratariat ASEAN, Jakarta.
Muhyiddin berkata maklum balas Aung Hlaing itu memberi peluang untuk ASEAN memainkan peranan utama dalam menjayakan penyelesaian krisis yang melanda Myanmar.
Terdahuli sewaktu ucapan intervensi, Muhyiddin mencadangjan tiga perkara kepada Aung Hlaing.
“Pertama, redakan situasi di sana (Myanmar) dan hentikan pembunuhan dan keganasan terhadap orang awam.
“Kedua, bebaskan semua tahanan politik segera tanpa sebarang syarat.
“Ketiga, benarkan Pengerusi ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN untuk mendapatkan akses ke Myanmar, termasuk kepada semua pihak berkepentingan,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata tindakan ASEAN ini bukan bertujuan mencampuri urusan dalaman negara ahli sebaliknya ia bersifat perbincangan.
“Kita bukan mahu campuri urusan dalam negara, tetapi apabila salah satu negara anggota ASEAN terlibat dalam perkara sebegini dan sebagai mana diperuntukkan dalam piagam ASEAN, maka kita harus mengambil perhatian.
“Macam tadi kita bincang. Bukan kita datang dan pandai pandai mahu selesaikan masalah itu,” katanya.
Tambahnya ini merupakan sesi melibatkan pihak Aung Hlaing dan jika wakil ASEAN dibenar memasuki Myanmar dan bertemu pemimpin yang ditahan termasuk Aung San Suu Kyi, penyelesaian lebih tuntas mampu diperolehi.
Najib Aroff
Sat Apr 24 2021
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Malaysia dan negara ASEAN lain untuk menyelesaikan krisis di Myanmar. - Gambar fail
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.