TOKYO: Jepun dan China mengadakan satu Dialog Pakar pada Sabtu mengenai pelepasan air buangan radioaktif yang dirawat daripada loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang merupakan kerjasama terkini mereka untuk menangani isu itu.
Perbincangan itu berlangsung di Dalian, China dan delegasi Jepun membentangkan perspektif mereka mengenai tahap keselamatan air yang dilepaskan dan memberikan butiran kemas kini mengenai aktiviti pemantauan radiasi yang masih berterusan, kata Agensi Berita Kyodo yang memetik Kementerian Luar Jepun pada Ahad.
Sebagai respons kepada beberapa siri pelepasan air buangan itu sejak Ogos tahun lepas, China mengekalkan larangan import ke atas semua produk makanan laut dari Jepun.
Program ini merupakan dialog sulung pakar antara China dan Jepun khususnya dalam menangani isu pelepasan air, biarpun ada komunikasi berterusan antara kedua-dua negara di pelbagai peringkat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Wakil dari Jepun termasuk pegawai daripada Kementerian Luar, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Pihak Berkuasa Kawalan Nuklear dan pengendali loji Fukushima Daiichi Tokyo Electric Power Company Holdings Inc. sementara China diwakili oleh pakar daripada organisasi penyelidikan.
Semasa dialog itu, para peserta telah bertukar-tukar pandangan tentang isu teknikal mengenai air yang dirawat.
Pada November lepas, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini menerusi rundingan dan dialog yang membina.
Kishida mengulangi selepas sidang kemuncak itu bahawa perbincangan pakar akan dihadkan kepada prinsip saintifik.
Awal bulan ini, pegawai kanan dari kedua-dua negara mengadakan perbincangan di Guangzhou, selatan China untuk cuba meyelesaikan isu pelepasan air buangan dan lain-lain isu tertangguh, mengulangi komitmen mereka untuk mengekalkan hubungan yang rapat.
Jepun telah empat kali melepaskan air dirawat ke Lautan Pasifik daripada loji Fukushima dengan pelepasan terkini berakhir pada pertengahan Mac. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Pemandangan udara menunjukkan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima, utara Jepun, 24 Ogos 2023. - Gambar fail AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jepun dan China adakan dialog pakar tentang pelupusan air loji nuklear Fukushima
Pada dialog yang berlangsung di Dalian, peserta bertukar-tukar pandangan tentang isu teknikal mengenai air buangan radioaktif yang dirawat.

Perancis mula bina loji nuklear generasi baharu sebelum 2027
Perancis akan mula membina reaktor nuklear generasi baharu yang pertama sebelum Mei 2027.

IAEA kekalkan 2 pakar di loji nuklear Zaporizhzhia Ukraine
Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi berkata dua pakarnya akan kekal berada di loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Zelenskyy dakwa Rusia terus ancam loji nuklear
Zelenskyy memberi amaran bahawa kehadiran tentera Rusia di sekitar loji tenaga nuklear terbesar Eropah mengancam benua itu.