“SESIAPA yang ingin menjadi bunga indah di syurga diiringi berjuta doa, maka taburlah berjuta benih kebaikan selama di dunia.”
Berjuta doa akan dipanjatkan dari berjuta kebaikan yang ditaburkan merupakan prinsip hidup Emmeril Kahn
Mumtadz anak kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Aare, Switzerland.
Prinsip hidup itu dikongsi oleh Ridwan dalam catatan di akaun Instagram peribadinya pada Ahad mengundang rasa sedih dan pilu dalam kalangan pengikut beliau.
Masakan tidak, hantaran oleh seorang ayah yang terpaksa melepaskan pemergian anak tercinta ke negeri abadi sesuatu yang bukan mudah untuk ditanggung.
Kesedihan tambahan berganda apabila Ridwan mencatatkan bahawa foto yang dimuat naik di akaun media sosialnya itu dirakamkan beliau secara peribadi.
Membaca nota hantaran itu mengenai prinsip Emmeril pantas membawa netizen dan seluruh rakyat Indonesia kepada suasana di hari terakhir perjalanan jasad Allahyarham di muka bumi.
Seluruh wilayah Bandung menyaksikan kedukaan masyarakat tidak dapat disembunyikan lagi apabila ribuan masyarakat turut sama menanti ketibaan jenazah untuk dikebumikan di Cimaung, Banjaran.
Media tempatan melaporkan, bukan hanya di sekitar kawasan tanah perkuburan, bahkan, ribuan pelajar sekolah turut sama menanti di jalan menantikan rombongan menghantar jenazah Emmeril.
Bahkan, pelajar-pelajar sekolah juga membawa bersama pelbagai poster menyatakan rasa dukacita dengan pemergian anak muda berjiwa besar itu.
Berikutan itu, kesesakan trafik luar biasa berlaku - jumlah kenderaan juga terlalu banyak.
Sementara di lokasi pengebumian pula, ratusan ahli keluarga dan kenalan berhimpun di bawah khemah bersama-sama hadir menyaksikan upacara pengebumian Allahyarham Emmeril.
Berusia 22 tahun, Emmeril atau lebih dikenali sebagai Eril dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland, hampir tiga minggu lalu.
Jasad Allahyarham ditemui pada Khamis lepas.
Allahyarham berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.
Sejurus selepas berita kehilangan Eril diuar-uarkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya 'berkampung' di Swtizerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Pemergian Emmeril juga mendapat reaksi daripada segenap lapisan masyarakat Indonesia yang turut sama-sama berduka.
Agensi
Mon Jun 13 2022

Pemergian Emmeril Kahn Mumtadz ke rahmahtullah mengundang rasa duka yang mendalam dalam kalangan rakyat Indonesia. - Gambar Instagram Ridwan Kamil

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Kami ikhlas lepaskan Eril" - Ridwan Kamil
"Kami bersyukur dianugerahi putera yang dalam hidupnya bahkan dalam pulangnya masih mendatangkan cinta kepada kami sang orang tua."

"Jika mahu bunga indah di syurga, taburlah berjuta kebaikan di dunia" - Emmeril
Ayah mana yang tidak sedih untuk menghantar anak ke negeri abadi.

Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok
Media tempatan melaporkan Emmeril akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, pada pagi Isnin.

'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan
Geraldine Beldi, menjadi bualan ramai selepas beliau dipercayai individu pertama yang menemukan jasad anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril.

'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil
Ridwan bersyukur kerana dapat mengazankan dengan sempurna azan di telinga anaknya itu - persis seperti ketika Eril lahir.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mayat anak gabenor Indonesia ditemui selepas 14 hari hilang di Sungai Aare
Jasad dalam keadaan tidak bernyawa itu ditemukan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.

Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Perkara itu disampaikan abang kepada Ridwan, Erwin Muniruzaman dalam sidang media di Gedung Pakuang, Bandung pada Jumaat.

Anak Gabenor Jawa Barat masih belum ditemui di Sungai Aare, Switzerland
Pencarian itu belum membuahkan hasil susulan peningkatan tahap kekeruhan air yang berpunca daripada proses pencairan salji.