ENERGODAR: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji nuklear terbesar Eropah di bandar Energodar, Ukraine selepas diserang dari segenap penjuru oleh tentera Rusia.
Sebuah video langsung di YouTube loji nuklear Zaporizhzhia menunjukkan kebakaran besar di stesen jana kuasa dan tapak loji yang terletak di timur Ukraine itu.
Ia mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.
Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba menggesa pihak tentera supaya segera menghentikan serangan agar anggota bomba dapat melakukan tindakan pemadaman.
"Jika ia meletup, ia akan menjadi 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl," kata Kuleba.
Para pegawai sebelum ini telah memberi amaran akan potensi "ancaman sebenar bahaya nuklear".
Astro Awani
Fri Mar 04 2022

Rakaman video secara langsung dari stesen jana kuasa Zaporizhzhia menunjukkan api marak di tapak loji yang terletak di timur Ukraine. -Youtube

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Jika meletup, ia 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl' - Loji nuklear terbesar Eropah terbakar
Ia mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.