SEORANG juruterbang Air Canada memesan 23 set piza untuk diberikan kepada penumpang selepas pesawat itu terkandas akibat salji lebat.
Menurut laporan daripada CBC, pesawat itu berlepas dari Toronto, Ontario pada Isnin menuju ke Halifax, Nova Scotia.
Bagaimanapun, pesawat berkenaan terpaksa melencongkan perjalanannya ke Fredeticton, New Brunswick menyebabkan penumpang di dalam pesawat terkandas ekoran landasan yang dilitupi salji.
Mahu penumpang berada dalam keadaan tenang, juruterbang yang enggan dikenali itu bertindak memesan 23 set piza di restoran berhampiran, Minglers Restaurant and Pub di Oromocto, New Brunswick untuk dihantar ke dalam pesawatnya.
Pemiliknya, Roch Larivée berkata, dia terkejut menerima pesanan itu lebih-lebih lagi dalam keadaan ribut salji.
Seorang penumpang, Philomena Hughes ketika bercakap kepada CBC berkata, juruterbang berkenaan memudahkan penumpang dengan memesan piza dan memaklumkan keadaan pesawat dari semasa ke semasa.
“Kami tersangkut di dalam pesawat hampir lapan jam. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi juruterbang itu berjaya membuat kami tenang,” katanya.
Pada September 2018, seorang juruterbang American Airlines turut berbuat demikian dengan memesan 159 piza untuk penumpangnya selepas pesawat yang menuju ke Dallas dari Los Angeles terpaksa dilencongkan ke Texas akibat salji lebat.
Agensi
Thu Mar 07 2019

Seorang juruterbang Air Canada memesan 23 set piza untuk diberikan kepada penumpang selepas pesawat itu terkandas akibat salji lebat.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Air Canada gantung tugas 800 pekerja belum vaksin
Syarikat penerbangan terbesar Kanada, Air Canada, menggantung lebih 800 pekerja kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sebulan selepas dibenar terbang, pesawat Boeing 737-8 Max mendarat cemas akibat masalah enjin
Pesawat yang mempunyai tiga kru penerbangan itu menerima signal mengenai masalah pada salah satu enjinnya.

Pesawat mendarat cemas di Madrid selepas alami masalah enjin, tayar
Juruterbang meminta kebenaran membuat pendaratan 30 minit kemudian selepas sebuah enjin pesawat berkenaan rosak dan tayarnya pecah ketika berlepas.

Penumpang dihalang guna tandas pesawat, 7 jam duduk beralas kencing sendiri
Wanita berusia 26 tahun itu menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Canada ke Lapangan Terbang Dublin dari Bogota di Colombia.

Gara-gara berhijab, remaja tidak dibenarkan menaiki pesawat
Syarikat penerbangan Air Canada menerima aduan ramai susulan insiden seorang remaja dipaksa tanggalkan hijabnya sebelum menaiki pesawat.

CEO Boeing yakin tahap keselamatan model 737 MAX 8
CEO Boeing, Dennis Muilenburg yakin dengan tahap keselamatan pesawat Boeing 737 MAX 8.

Halang kanak-kanak naik pesawat, Air Canada kemuka permohonan maaf
Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu Canadian Press, pihak mereka sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Wanita kendali pesawat ke Jeddah: 'Bagus tapi ironik' - Netizen
Sedikit ironik apabila wanita menerbangkan pesawat itu ke sebuah negara di mana wanita tidak dibenarkan memandu kereta.