NEW YORK: Jabatan kerajaan Kanada, Health Canada, akan mencetak amaran bahaya merokok pada setiap batang rokok, satu langkah yang pertama seumpamanya di dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perokok akan dapat melihat amaran seperti "rokok menyebabkan kanser" dan "racun dalam setiap sedutan" setiap kali mereka menghisap rokok, menurut penyiar Canadian Broadcasting Corporation (CBC).
Amaran lain yang dicetak pada rokok, termasuk "rokok merosakkan organ anda" dan "asap tembakau membahayakan kanak-kanak" apabila mandat persekutuan dilaksanakan ke atas rokok bersaiz king mulai 1 Ogos.
Pengeluar rokok bersaiz biasa mempunyai masa sehingga 31 Julai 2024 untuk mencetak amaran pada rokok, manakala pengeluar cigarillo mempunyai masa sehingga 30 April 2025.
Menteri Kesihatan Bersekutu Kanada dan Menteri Kesihatan Mental dan Ketagihan, Carolyn Bennett, berkata amaran pada setiap batang rokok berserta "imej grafik terkini" pada pembungkusan merupakan pendekatan baharu dan berani dalam menyelamatkan nyawa.
"Penggunaan tembakau menyebabkan 48,000 kematian di Kanada setiap tahun dan kami menjadi negara pertama di dunia yang melabelkan setiap batang rokok dengan mesej amaran kesihatan," kata Bennett.
Ketua eksekutif Yayasan Jantung dan Strok Kanada, Doug Roth berkata: "Tembakau kekal sebagai punca utama penyakit dan kematian yang boleh dicegah di Kanada dan langkah baharu yang penting ini akan melindungi belia dan membantu untuk berhenti merokok".
Seorang peguam antirokok memberitahu CBC, beliau juga mahu melihat pembaharuan pembungkusan itu turut digunakan untuk produk vape berdasarkan tinjauan tembakau, alkohol dan dadah pelajar Kanada yang diterbitkan baru-baru ini mendapati remaja di Kanada merupakan pengguna vape tertinggi di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Amaran lain yang dicetak pada rokok, termasuk "rokok merosakkan organ anda" dan "asap tembakau membahayakan kanak-kanak" apabila mandat persekutuan dilaksanakan nanti. - Gambar hiasan
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.
Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat mengumumkan rombakan Kabinetnya, lapor Xinhua.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Dalam satu kenyataan, Joly merujuk kepada laporan oleh Jawatankuasa Kajian Kebuluran yang dikeluarkan pada 8 Nov, yang menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.
Olimpik Paris 2024: Kanada rangkul emas acara 4x100m lelaki
Kanada mencipta kejutan apabila merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Paris menerusi acara berganti-ganti 4x100m lelaki.
Olimpik Paris 2024: FIFA potong 6 mata, denda Kanada guna dron intai lawan
Olimpik Paris 2024: FIFA potong enam mata, denda Kanada RM1.8 juta kerana guna dron intai pasukan lawan