JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Rusia, kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi, petang semalam.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.
"Kapal tangki tersebut dikendalikan 19 kru lelaki dan dua wanita kesemuanya warga Rusia termasuk nakhoda, berumur lingkungan 32 hingga 62 tahun. Nakhoda kapal tangki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Maritim Malaysia Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan perairan Johor bebas dari sebarang cubaan bersauh secara haram.
"Justeru, pemilik atau pengusaha perkapalan dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur. - Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan
Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak
Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak.

Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas
Seorang kapten hilang manakala enam kru, yang kesemuanya rakyat Malaysia, selamat setelah sebuah kapal kargo dilaporkan karam di Lawas.

Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.

Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.

Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.