Kebakaran yang tercetus di Apartment Twin Park tersebut turut disifatkan sebagai yang terburuk setakat ini.
Pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian tersebut, namun jumlah sebenar masih dalam siasatan.
Difahamkan, puluhan yang lain cedera akibat kebakaran berkenaan dengan 32 individu kini ditempatkan di hospital.


Kira-kira 200 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan menyelamat.
Menurut seorang pegawai bomba, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah alat pemanas ruang.
“Pegawai penyiasat telah mengenal pasti bukti fizikal dan hasil siasatan daripada penduduk, kebakaran bermula dari sebuah bilik yang menggunakan sebuah pemanas elektrik mudah alih,” kata Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York, Daniel Nigro.
