Penumpang pesawat AirAsia menuju ke New Delhi cemas seketika apabila seorang lelaki mendakwa terdapat bom di dalam jaket keselamatan yang dipakainya.
Apabila didekati anak kapal, lelaki berkenaan bertindak menanggalkan semua pakaiannya, menurut portal berita Newsweek.
Insiden pada 6 April lalu memaksa pesawat i5-722 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kempegowda, India untuk membuat pendaratan cemas.
"Seorang penumpang pesawat i5-722 bertindak tidak senonoh termasuk terhadap anak kapal kami yang bertugas ketika itu," kata jurucakap AirAsia kepada portal berita The Hindu.
Saksi kejadian memberitah agensi berita ANI, kejadian bermula selepas lelaki berkenaan bertengkar dengan seorang anak kapal berkenaan jaket keselamatan.
"Satu pertelingkahan berlaku di antara lelaki tersebut dengan seorang anak kapal mengenai jaket keselamatan.
"Keadaan terus menjadi tegang selepas lelaki itu mendakwa jaket berkenaan mengandungi bom dan terus menanggalkan pakaiannya satu demi satu," jelas saksi berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan beberapa anak kapal dan penumpang cuba menenangkan lelaki berkenaan, namun tidak berjaya.
Pesawat terbabit kemudian membuat pendaratan cemas dan lelaki itu ditahan polis.
Menurut laporan portal berita New Indian Express, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
Jurucakap AirAsia itu menambah, keputusan untuk tidak membenarkan lelaki tersebut menaiki mana-mana pesawat kendaliannya selepas ini akan ditentukan tidak lama lagi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (DGCA) membenarkan mana-mana syarikat penerbangan menghalang individu menggunakan perkhidmatannya untuk tempoh tiga bulan sehingga seumur hidup terhadap penumpang yang melakukan kekecohan melampau di dalam pesawat sehingga mengundang risiko terhadap penumpang lain.
AirAsia di India merupakan usaha sama di antara AirAsia Berhad dan konglomerat India, Tata Sons.
Astro Awani
Sun Apr 18 2021

Foto fail menunjukkan beberapa pesawat AirAsia yang dilihat di klia2 pada 6 Oktober 2020. - Foto REUTERS/Lim Huey Teng
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, hari ini.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.

Lebih 200,000 tiket KTMB terjual sempena Tahun Baharu Cina
Pihak KTMB menambah dua trip dalam sehari bagi perkhidmatan kereta api lokomotif untuk destinasi Kuala Lumpur-Butterworth, Pulau Pinang.

Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut
Jeju Air Co. mendedahkan bahawa sebanyak 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengah hari.

Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.

Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri
Persediaan untuk menampung 110.67 juta orang yang dijangka melakukan perjalanan semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu.

Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.

Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.