Duchess of Sussex, Meghan Markle mengejutkan penduduk Britain apabila dilaporkan membelanjakan ratusan ribu dolar tahun lalu bagi membiayai kehidupan yang serba mewah.
Menurut seorang penulis biografi, Angela Lavin, Meghan dianggarkan membelanjakan AS$740,000 (RM3 juta) dengan AS$550,000 (RM2.3 juta) daripadanya untuk majlis rai bayi (baby shower) manakala AS$5.5 juta (RM 23 juta) untuk kos ubah suai rumah pada tahun ini.
Levin yang merupakan penulis Harry: Conversations with The Prince berkata, gaya kehidupan mewah Meghan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat lebih-lebih pembayar cukai, lapor The Sun.
“Saya merasakan Meghan berbelanja terlalu mewah. Semua orang tahu Ratu Elizabeth II mengamalkan kehidupan yang sederhana dan sentiasa berjimat.
“Hal ini menyebabkan rakyat Britain mula menyuarakan rasa kurang selesa dengan cukai yang dibayar dan menganggap tindakan Meghan itu amat tidak wajar,” katanya semasa ditemui The Conservative Woman.
Tambah Levin, baju persalinan yang dipakai Meghan semasa majlis pertunangan dengan Putera Harry bernilai AS$102,000 (RM426,000).
“Saya turut dimaklumkan kakitangan pasangan diraja itu kini sedang dalam proses untuk dipindahkan ke Istana Buckingham.
“Pegawai perhubungan mereka yang baru dilantik, Sara Latham juga dijangka perlu melapor diri di pejabat setiausaha komunikasi Ratu Elizabeth II,” katanya.
Terdahulu, awal tahun ini, pasangan berkenaan membelanjakan AS$5.5 juta (RM 23 juta) untuk mengubahsuai Fragmore Cottage sempena kelahiran putera sulung mereka, Archie meskipun lokasi kotej berkenaan sangat hampir dengan Lapangan Terbang Heathrow.
Difahamkan, mereka turut memiliki sebuah rumah ladang, Costwold bernilai AS$4.5 juta (RM18.8 juta) dan bakal menjalankan beberapa pengubahsuaian di lokasi terbabit.
Agensi
Sun Jun 02 2019

Gaun yang dipakai Meghan semasa majlis pertunangan pasangan diraja ini menelan lebih AS$100,000. - Foto Instagram/@hrhofsussex
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Wawancara Oprah: Diskriminasi terlampau, Meghan pernah terfikir untuk bunuh diri
Meghan Markle mendedahkan beliau pernah berniat untuk membunuh diri ekoran diskriminasi dan perkauman yang terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.

Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut 10 pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi termasuk mendakwa ahli keluarga diraja Britain menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

Saya individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia - Meghan Markle
Beliau mengakui kesihatan mentalnya terjejas ketika berdepan dengan situasi yang cukup menyeksakan itu.

Hendakkan kebebasan, tak perlu panggil Harry dan Meghan 'Yang Mulia' lagi - Ratu Elizabeth
Pasangan Diraja Britain, Putera Harry, 35, dan Meghan, 38, kini tidak lagi memegang gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia).

Meghan, Harry dan Archie, Hari Natal dirai
Pesanan Hari Natal Ratu Elizabeth beri gambaran laluan pada tahun 2019 amat beralun tetapi kad Krismas Meghan, Harry dan Archie pasti memikat hati.

Meghan Markle bergelut tangani hidup 'sarat' tumpuan
Duchess of Sussex, Meghan Markle sebenarnya menjalani kehidupan dalam keadaan terpencil dan bergelut tangani hidup yang sentiasa jadi tumpuan berbanding kariernya sebagai pelakon sebelum ini.

Putera Harry, Meghan cari pengasuh baharu ketiga dalam masa enam bulan untuk jaga Archie
Pasangan diraja, Putera Harry dan Meghan Markle kini mencari pengganti pengasuh bayi mereka, Archie untuk kali yang ketiga dalam masa enam bulan.

Kehidupan mewah Meghan Markle cetus kemarahan rakyat Britain
Duchess of Sussex, Meghan Markle mengejutkan penduduk Britain apabila dilaporkan membelanjakan ratusan ribu dolar tahun lalu.