Menurut laporan berkenaan, serbuan selama seminggu itu akan bermula pada Selasa, sehari selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden yang dijadual berlangsung pada 20 Jan, dengan sehingga 200 pegawai penguat kuasa undang-undang dijangka terlibat dalam operasi itu.
Laporan pada Jumaat itu turut menyebut serbuan serupa dijangka dilaksanakan kemudian di New York, Los Angeles, dan Miami.
Trump sebelum ini menyatakan hasratnya untuk melaksanakan program pengusiran besar-besaran migran tanpa dokumen, yang melibatkan pengisytiharan darurat negara dan penggunaan angkatan tentera.
Pilihan Raya Presiden telah diadakan di AS pada 5 Nov 2024. Calon Republikan Trump, yang pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2017 hingga 2021, memenangi pilihan raya itu.
-- BERNAMA