SERANGAN Israel terhadap Gaza semenjak beberapa hari lepas setakat ini telah meragut lebih dari 100 nyawa warga Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan wanita. Banyak bangunan, rumah dan pejabat juga hancur musnah akibat pengeboman oleh jet pejuang F35 tentera udara Israel yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Mungkin ada dari kalangan rakyat Malaysia berpendapat bahawa kesengsaraan warga Palestin adalah hasil dari tindakan kurang cerdik tentera Hamas di Gaza yang telah melancarkan serangan roket ke arah bandar-bandar di Israel. Mereka mungkin merasakan semua ini boleh dielakkan jika Hamas tidak `menyerang’ Israel.
Sebenarnya, sesiapa yang mempunyai pandangan seperti di atas perlu disedarkan bahawa kefahaman mereka tentang apa yang berlaku di Palestin adalah sangat cetek serta buta sejarah.
Hakikat yang paling penting yang perlu disedari ialah Israel sepatutnya tidak wujud kerana ia merupakan hasil tindakan penjajahan orang asing ke atas wilayah milik bangsa Palestin. Seperti yang diterangkan oleh seorang pakar sejarah berbangsa Yahudi dari Israel sendiri yang bernama Prof Ilan Pappe dalam bukunya yang masyhur `The Ethnic Cleansing of Palestine’, kewujudan Israel adalah hasil dari tindakan oleh kumpulan Zionis yang telah datang dari Eropah ke bumi Palestin pada awal kurun ke 20 dan seterusnya telah melakukan tindakan penghapusan etnik (ethnic cleansing) yang melibatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai (massacre) serta penghalauan penduduk Palestin dari kampung halaman mereka (expulsion).
Akibat dari tindakan tersebut lebih dari 750,000 penduduk Palestin telah menjadi pelarian dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka sehingga sekarang, walaupun ini adalah hak mereka di bawah Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada tahun 1948 lagi.
Yang lebih menyedihkan ialah pada tahun yang sama, masyarakat antarabangsa yang dipengaruhi oleh Amerika Syarikat dan Eropah telah meredai tindakan jenayah kumpulan Zionis dari Eropah menjajah bumi Palestin apabila mereka mengiktiraf negara baru mereka yang diberi nama Israel.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan penjenayah Zionis ini terus mengganas dan pada tahun 1967 telah merampas Tebing Barat dan Timur Baitul Maqdis, termasuk termasuk Masjid Al Aqsa.
Walaupun masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf wilayah Tebing Barat sebagai sebahagian dari Israel, namun kerajaan Israel terus membuka penempatan atau bandar-bandar untuk orang Yahudi sahaja di atas tanah-tanah yang dirampas dari warga Palestin. Bahkan banyak kebun-kebun zaitun mereka juga telah dirampas oleh pendatang Yahudi Zionis dengan bantuan tentera Zionis. Sebahagian besar Tebing Barat sekarang (dipanggil Area C) adalah di bawah kuasa penuh tentera Israel. Ini membenarkan mereka mengawal pergerakan rakyat Palestin dengan mewujudkan ratusan sekatan jalanraya. Warga Palestin dihalang dan disekat dari bergerak bebas di dalam negara mereka sendiri sama ada untuk berkerja, mengusahakan kebun zaitun mereka, untuk ke sekolah atau hospital atau untuk melawat ahli keluarga.
Jenayah puak Zionis terkini ialah merampas rumah puluhan warga Palestin di sebuah daerah bernama Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis Timur bersebelahan dengan Masjid Al Aqsa. Mereka juga telah berusaha untuk menghalau warga Palestin dari melakukan iktikaf di Masjid Al Aqsa pada 27 Ramadan kerana ingin membenarkan kumpulan ekstrimis Zionis mengadakan sambutan `Jerusalem Day’ iaitu upacara tahunan memperingati kejayaan mereka merampas Baitul Maqdis dari milik rakyat Palestin.
Dalam erti kata yang lain, kumpulan penjenayah Zionis ini tidak akan berhenti dari melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Palestin sehingga kesemua bumi Palestin adalah di dalam milik mereka dan warga Palestin kesemuanya dihalau keluar dan identi Palestin dihapuskan sepenuhnya.
Semenanjung Gaza pula dikepung oleh mereka supaya penduduk berjumlah lebih dari 2 juta di dalam kawasan itu akur dengan kehendak mereka serta patuh dengan peraturan dan undang-undang yang menjadikan warga Palestin rakyat kelas kedua dan hak mereka semakin hari semakin dihakis.
Dalam suasana tersebut, sebenarnya warga Palestin tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada mereka berpindah ke negara lain atau hidup sebagai manusia yang dihinakan dibumi mereka sendiri.
Namun, alhamdulillah masih wujud dari kalangan masyarakat Palestin yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka tidak akan tunduk kepada usaha penjajah asing untuk terus merampas kesemua tanah mereka serta mencabul hak asasi mereka dan menghina Masjid Al Aqsa yang suci itu. Yang paling menonjol dari kalangan warga Palestin yang menentang Israel ini ialah kumpulan Hamas. Berbeza dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmud Abbas yang telah bersetuju untuk menjadi budak suruhan kerajaan Zionis Israel, Hamas dari awal kewujudannya lagi pada tahun 1980an menolak tekanan dari semua pihak untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Sebaliknya Hamas berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka sebagai orang Islam untuk menentang penjajahan negara mereka oleh orang asing dengan apa cara sekali pun, termasuk dengan cara ketenteraan. Perjuangan Hamas untuk membebaskan negara Palestin dari penjajahan oleh pihak Zionis ini adalah dianggap oleh kebanyakan ulamak muktabar sebagai perjuangan jihad yang sah dan terpuji dan jika mereka mati dalam perjuangan tersebut, kematian mereka dianggap `syahid’.
Atas dasar itulah Hamas yang sekarang berpengkalan di Gaza telah memberi amaran kepada Israel supaya menghentikan jenayah zalim terkini mereka merampas rumah kediaman warga Palestin di daerah Sheikh Jarrah dan berhenti dari menyekat orang islam dari beribadat di Masjid Al Aqsa. Oleh kerana Israel masih terus melakukan jenayah-jenayah tersebut, Hamas telah tidak mempunyai pilihan selain dari menyerang rejim Zionis Israel dengan menggunakan roket yang mereka bina sendiri dengan tangan-tangan mereka.
Sudah tentu mereka menyedari risiko bahawa Israel akan menyerang balas dengan ganas dan ramai dari kalangan ahli mereka mungkin akan terkorban. Namun bagi Hamas, ia adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana tanggungjawab menentang musuh yang ingin merampas tanah air mereka dan ingin menghapuskan masyarakat Islam Palestin adalah tanggungjawab mulia yang tidak boleh dikorbankan.
Sebagai rumusan, kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah kensengsaraan yang bukan pilihan mereka sendiri. Ia adalah kesengsaraan yang telah dipaksa ke atas mereka oleh penjenayah Zionis yang datang dari Eropah serta anak-cucu mereka yang sehingga hari ini berusaha untuk menghalau warga Palestin dan menghapuskan saki-baki identiti masyarakat Palestin di negara milik mereka. Penjajah yang juga penjenayah dari Eropah ini jelas akan terus melakukan kezaliman terhadap warga Palestin di masa masa akan datang.
Persoalannya ialah apakah rekasi kita semua terhadap jenayah zalim yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang? Adakah kita hanya mahu menjadi penonton yang pasif yang sekadar mengucapkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku atau kita ingin menjadi pembela kepada kumpulan lemah yang dizalimi?
Tepuklah dada dan tanyalah iman kerana hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad)
* Penulis adalah Pengerusi BDS Malaysia
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sat May 15 2021

Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di Gaza, 13 Mei 2021. (Foto AP)

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Genjatan senjata: Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu bawa pulang tahanan
Setakat ini, 19 tebusan Israel telah dibebaskan dengan ratusan tahanan Palestin dibebaskan sebagai balasan.

Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.

Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.

Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Ketiga-tiga tebusan itu adalah Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Alexandre Sasha Troufanov.

Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.

Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."