KEMATIAN tragis model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi menarik perhatian media di seluruh dunia sejak minggu lalu.
Terbaharu, polis Hong Kong menemui kepala yang dipercayai milik mangsa dalam satu periuk sup di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, daerah Tai Po.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan kematian wanita malang berusia 28 tahun itu dipercayai ada kaitan dengan pertikaian antara Choi dan bekas suaminya, Alex Kwong serta keluarganya berhubung harta bernilai puluhan juta dolar.
Berikut kronologi pembunuhan Choi:
Awal Februari
- Bekas bapa mertua Choi, Kwong Kau dan bekas pegawai polis yang disyaki dalang pembunuhan itu menyewa sebuah rumah kampung di Lung Mei Tsuen.
24 Februari
- Polis menemui beberapa anggota badan dipercayai milik Choi di tingkat bawah rumah yang disewa suspek. Pegawai polis memaklumkan tempat berkenaan dijadikan tapak untuk memotong mayat sebelum ia dilupuskan.
- Polis turut menemui penggiling daging, gergaji elektrik serta dua periuk sup berisi tisu manusia. Selain itu, dua jenis pencincang, tukul, face shields, baju hujan hitam serta beg tangan berwarna ungu milik Choi.
- Kaki dipercayai milik mangsa ditemui dalam peti sejuk. Bagaimanapun, kepala tubuh dan tangan mangsa masih hilang ketika itu.
- Polis menahan bekas abang ipar Choi dan bekas ibu bapa mentua tetapi masih mengesan bekas suaminya.
25 Februari
- Bekas suami Choi, Alex ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau pada Sabtu.
- Pihak berkuasa merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (kira-kira AS$63,700) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (AS$510,000).
26 Februari
- Lebih banyak bahagian badan disyaki milik Choi ditemui. Ia termasuk tengkorak dan beberapa tulang rusuk yang ditemui dalam periuk sup besar.
- Periuk sedalam 50 sentimeter (cm) itu didapati mengandungi daging dipercayai daging manusia bersama beberapa lobak merah, manakala tulang manusia ditemui dalam bekas berasingan yang lebih kecil.
27 Februari
- Empat suspek iaitu bekas suami, abang dan ibu bapa mentua Choi ditahan reman tanpa ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas tuduhan membunuh dan menghalang proses keadilan.
- Kwong, 28, bapa mentua Kwong Kau, 65, dan abang Anthony Kwong Kong-kit, 31, didakwa membunuh Choi pada 21 Februari, manakala ibunya, Jenny Li Sui-heung, 63, dituduh menghalang proses keadilan.
- Suspek kelima, seorang wanita 47 tahun bernama Ng, telah ditahan berhubung kes itu namun masih belum didakwa.
28 Februari
- Bekas bapa mentua Choi dinamakan sebagai pemilik pangsapuri yang diberi subsidi oleh kerajaan bernilai lebih HK$2.2 juta (RM1.25 juta).
- Kwong Kau, seorang bekas pegawai polis, juga didapati telah membeli sebuah kediaman mewah di Bukit Kadoorie bernilai HK$73 juta (RM41.58 juta) pada 2019.
Agensi
Tue Feb 28 2023

Kematian wanita malang berusia 28 tahun itu dipercayai ada kaitan dengan pertikaian antara Choi dan bekas suaminya, Alex Kwong berhubung harta bernilai puluhan juta dolar - Foto/Instagram Abby Choi

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pembunuhan Abby Choi: Polis geledah tapak pelupusan sampah
Fokus pencarian juga terarah kepada senjata yang digunakan untuk membunuh wanita malang berusia 28 tahun itu.

Kepala ditemui dalam sup, ini kronologi pembunuhan kejam Abby Choi
Kes pembunuhan kejam ini didakwa ada kaitan dengan harta bernilai puluhan juta dolar Hong Kong.