BOGOR (Jawa Barat): Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata antaranya adalah potensi untuk mengeluarkan lebih banyak produk di Indonesia, seperti yang dihasilkan melalui kilang farmaseutikal PT Errita Pharma di Bandung dengan kini 118 produk, sebagaimana Pharmaniaga Bhd di Malaysia yang menghasilkan 380 jenis ubat.
"Kita perlu tingkatkan penjualan dan pengedaran serta margin. Mengenai cabaran pinjaman dari institusi kewangan dan sebagainya juga perlu diperbaiki.
"Sewajarnya kita boleh menjangkakan pulangan yang lebih baik untuk LTAT...dengan syarikat-syarikat seperti PT Errita Pharma yang dimiliki 100 peratus oleh Pharmaniaga," katanya kepada pemberita selepas melawat anak syarikat Pharmaniaga iaitu PT Millennium Pharmacon International (MPI) Tbk di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan Pharmaniaga serta impak positif kepada LTAT dalam konteks kewangan dan pemberian dividen kepada 123,380 pencarum terdiri daripada anggota-anggota tentera.
LTAT mempunyai pegangan 57 peratus saham dalam syarikat farmaseutikal Pharmaniaga melalui Boustead Holdings. Pharmaniaga pula memiliki 73 peratus pegangan saham dalam MPI.
Lawatan ke syarikat pengedaran produk farmaseutikal, makanan tambahan dan peranti perubatan MPI adalah agenda pertama Mohamed Khaled sempena lawatan kerja rasmi sulung ke Indonesia sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Beliau diiringi Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak, Atase Pertahanan Brig Jen Azrin Iskandar Zulkaply dan Penolong Atase Pertahanan Komander Nor Izam Baharuddin dan Pengarah Eksekutif Pharmaniaga Zulkifli Jafar.
Mohamed Khaled Nordin dijadualkan bertemu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang juga Presiden Terpilih Indonesia, pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Mohamed Khaled yang dalam lawatan rasmi ke Indonesia melakukan lawatan ke anak syarikat Pharmaniaga iaitu PT Millennium Pharmacon International Tbk di hari ini. - Gambar FB Khaled Nordin

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.

Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.

PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.