MOSCOW: Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin," lapor Sputnik memetik laporan akhbar The Telegraph merujuk kenyataan Setiausaha Pengangkutan UK yang baharu, Louise Haigh.
Parti Buruh dilaporkan berjanji mengambil alih sepenuhnya rangkaian kereta api negara dalam tempoh lima tahun dan menubuhkan sebuah syarikat milik kerajaan, Great British Railways sebaik sahaja kontrak milik swasta itu tamat.
Pada Jumaat, pemimpin Parti Buruh UK, Keir Starmer secara rasmi menjadi perdana menteri ke-58 negara itu selepas menang pilihan raya umum pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Parti Buruh dilaporkan berjanji mengambil alih sepenuhnya rangkaian kereta api negara itu dalam tempoh lima tahun. - Gambar fail/AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan UK akan haramkan penjualan peranti rokok elektronik pakai buang
Penjualan peranti rokok elektronik atau vape pakai buang akan diharamkan di Britain menjelang musim panas depan.

Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".

BBC minta Twitter padam label 'media dibiayai kerajaan' secepat mungkin
BBC kini sedang berunding dengan Twitter untuk memadam labelnya sebagai "media yang dibiayai kerajaan" daripada rangkaian sosial itu.

COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menyatakan individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 perlu dibenarkan melakukan perjalanan tanpa batasan.

UK tandatangani perjanjian perlesenan, penghasilan 100 juta dos vaksin COVID-19
Jika berjaya, 30 juta dos akan diberikan kepada UK seperti yang tertakluk dalam perjanjian itu.

COVID-19: Vaksin dibangunkan Oxford akan diuji ke atas manusia pada Khamis
Vaksin yang berpotensi untuk COVID-19 yang dibangunkan di University of Oxford akan diuji ke atas manusia bermula Khamis ini.