Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS), sebelum ia berakhir dengan gencatan senjata pada Ahad.
"Pintu masuk Rafah akan dibuka dari kedua-dua pihak dalam beberapa hari akan datang, membolehkan akses bantuan yang lebih besar," kata Gabenor Sinai Utara Mejar Jeneral Khaled Mogahed yang melakukan tinjauan ke lintasan sempadan Rafah pada Selasa, kepada akhbar tempatan Al-Watan,
Perjanjian gencatan senjata hasil perantaraan Mesir, Qatar dan AS menetapkan bahawa lintasan itu akan dibuka semula pada hari ketujuh pelaksanaannya, iaitu Sabtu ini.
Perjanjian itu juga mewajibkan kemasukan harian 600 trak bantuan ke Gaza dan menggariskan rangka kerja secara berperingkat untuk rundingan lanjut antara kumpulan Palestin, Hamas dan Israel.
-- BERNAMA