TOKYO: Perintah darurat COVID-19 di Jepun ditarik balik sepenuhnya pada Jumaat buat pertama kali sejak April, lapor agensi berita Kyodo.
Sehubungan itu darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain turut ditarik balik berikutan penurunan berterusan kes baharu di seluruh negara.
Perniagaan seperti restoran dan taman tema sudah siap sedia berdepan peningkatan jumlah pengunjung, sekali gus mengembalikan semula aktiviti sosial dan merancakkan ekonomi di samping mencegah gelombang jangkitan baharu.
Sektor pelancongan dijangka mengalami peningkatan tempahan untuk lawatan domestik dan penginapan.
Nippon Airways Co menerima kira-kira 50,000 tempahan, 10 kali lebih banyak berbanding sebulan lalu.
Taman tema Tokyo Disneyland dan Universal Studios Jepun akan meningkatkan jumlah maksimum pengunjung hariannya kepada 10,000 berbanding 5,000 sebelum ini.
Kes COVID-19 di seluruh Jepun menyaksikan trend penurunan sejak 25,867 kes dilaporkan pada 20 Ogos lalu dan pada Khamis sebanyak 1,576 kes dilaporkan.
Tokyo dikenakan perintah darurat pada 12 Julai, kira-kira 11 hari sebelum pembukaan Olimpik, diikuti Okinawa. Pada Ogos pula darurat dikuatkuasakan di wilayah Osaka dan Fukuoka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Darurat yang dikenakan di bandar raya Tokyo dan 18 wilayah lain ditarik balik berikutan penurunan berterusan kes baharu di seluruh negara. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Presiden Korea Selatan ditahan atas tuduhan hasutan
Yoon menyatakan bahawa dia menyerahkan diri untuk disoal siasat bagi mengelakkan sebarang keganasan.

Tentera Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi
Lanjutan peraturan darurat ini untuk memberi junta lebih masa mengumpulkan data penduduk bagi senarai pemilih.

Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.

Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.

Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan
Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat.

Wilayah Kanada isytihar darurat akibat kebakaran hutan
Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Darurat diisytihar di Sri Lanka
Polis juga telah menggunakan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan anti kerajaan.

Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan
Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang sedang berlaku.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.