NEW DELHI: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun di timur India disahkan positif virus H9N2, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pada 22 Mei, WHO menerima laporan daripada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) National Focal Point (NFP) untuk India mengenai kes jangkitan virus selesema burung A (H9N2) membabitkan manusia di negeri Bengal Barat, lapor Agensi Anadolu.
"Pada 1 Feb, pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik di hospital tempatan kerana mengalami masalah pernafasan yang teruk, demam panas dan kekejangan perut.
"Pada 2 Feb, pesakit disahkan positif influenza B dan adenovirus di Makmal Penyelidikan dan Diagnostik Virus," menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Kanak-kanak yang dijangkiti itu telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 28 Feb.
Ia merupakan kes jangkitan kedua bagi selesema burung A(H9N2) yang dimaklumkan kepada WHO dari India, dengan yang pertama pada 2019.
Kementerian Kesihatan India belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini.
Minggu lalu, WHO mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah yang berasal dari Australia positif selesema burung H5N1 selepas melakukan perjalanan ke Kolkata, India.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Pada 22 Mei, WHO menerima laporan mengenai kes jangkitan virus selesema burung A (H9N2) membabitkan manusia di negeri Bengal Barat. - Reuters
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.

20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington
Pihak santuari memberitahu, fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sementara, bagi membolehkan habitat disanitasi.

Kes selesema burung menular di seluruh England
Kes terkini selesema burung dikesan di Norfolk, timur England dan East Riding of Yorkshire, timur laut England.

Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
WHO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah.

AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.

Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1.