NANNING (China): Peniaga mahupun pelabur Malaysia perlu bersiap sedia dalam persaingan untuk merebut peluang pelaburan dalam atau dari China.
Memandangkan pasaran domestik China yang begitu besar dan terbuka, Malaysia dengan kelebihan pengeluaran komoditi pertanian mampu meneroka lebih banyak pasaran baharu di China.
Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail berkata China kembali membuka pintu sempadannya Januari tahun ini selepas hampir tiga tahun ditutup ekoran penularan COVID-19, dan peluang ini perlu direbut komuniti perniagaan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu di China.
"China ialah rakan dagang terbesar Malaysia selama ini. Sekarang munculnya persaingan Vietnam, Malaysia perlu lebih berusaha. Persaingan ini hanya dalam rantau Asean, belum ambil kira persaingan dari Eropah, negara membangun dan negara maju yang lain," katanya kepada Bernama TV, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata kedudukan rantau Asean khasnya Malaysia dalam perubahan geopolitik dunia perlu dilihat sebagai peluang juga dalam menarik pelaburan.
Hubungan China-Malaysia sangat rapat selama ini, walaupun pemimpin silih berganti, namun keakraban hubungan dua hala tidak berubah.
"Ini (hubungan dua hala yang rapat) perlu kita manfaatkan. China sentiasa bersedia menerima pelaburan dari luar, cuma adakah komuniti perniagaan Malaysia sudah bersedia memberi komitmen yang sama?" katanya.
Katanya, komoditi pertanian menjadi antara eksport utama Malaysia ke China. Selain minyak sawit, buah durian dan sarang burung dari Malaysia mendapat sambutan yang hangat di pasaran China.
Justeru, beliau berharap komuniti perniagaan Malaysia boleh memanfaatkan peluang perniagaan di Ekspo China-Asean kali ke-20 yang akan diadakan pada September tahun ini.
Dalam aspek menarik pelaburan dari China, Ahmad Phadil berkata industri kenderaan elektrik atau EV, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau adalah antara bidang baharu yang boleh diceburi.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022 nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trillion.
Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada 2022 mencecah RM487.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Ahmad Phadil berkata kedudukan rantau Asean khasnya Malaysia dalam perubahan geopolitik dunia perlu dilihat sebagai peluang juga dalam menarik pelaburan. - Foto www.kln.gov.my

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADIA berminat teroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), salah satu dana kekayaan terbesar dunia dengan aset melebihi US$1 trilion berminat untuk meneroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia.

Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.

Komuniti perniagaan Malaysia perlu bersedia teroka pasaran baharu di China
China membuka semula sempadannya Januari tahun ini dan peluang ini perlu direbut komuniti perniagaan Malaysia untuk meneroka pasaran baharu.

Lebih banyak perusahaan China intai peluang melabur di Malaysia - Duta
Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan usahawan dari China untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini.