BANGKOK: Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN secara berkesan untuk menangani krisis di Myanmar memerlukan perpaduan serantau dan sokongan antarabangsa yang terancang, kata utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Utusan Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar Noeleen Heyzer berkata sebarang tindakan muhibah ke arah melindungi rakyat Myanmar dan mata pencarian mereka perlu ditunjukkan secara jelas.
"Usaha bersama 'humanitarian-plus' PBB-ASEAN untuk menangani keperluan rakyat melalui semua saluran sedia ada dengan akses selamat dan tanpa halangan adalah langkah pertama yang penting," katanya dalam satu kenyataan di sini selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o cha di Rumah Kerajaan di sini, pada Isnin.
Pada pertemuan itu, Heyzer mengatakan mereka berbincang mengenai perbincangannya baru-baru ini dengan Pengerusi ASEAN (kini Kemboja).
Beliau juga menekankan kepada Prayuth tentang keperluan menjalin kerjasama rapat dengan Duta Khas ASEAN untuk membantu membina inisiatif yang boleh mewujudkan laluan bagi pelaksanaan berkesan 5PC yang boleh diterima oleh semua pihak berkepentingan di Myanmar.
"Prayuth Chan o-cha mempunyai peranan penting dalam menghalang keadaan yang lebih buruk di Myanmar. Dalam pertemuan dengan perdana menteri, saya menggesa tindakan segera dan kerjasama untuk mencegah keadaan yang lebih buruk di Myanmar dan menangani keperluan terdesak rakyat Myanmar, khususnya penduduk yang paling mudah terkesan, katanya.
Sementara itu, Prayuth dalam kenyataan berasingan berkata membina kepercayaan dengan pemimpin Myanmar menjadi langkah penting dalam membantu menyelesaikan krisis yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera pada 1 Februari 2021.
Beliau berkata Thailand sedang mengikuti rapat keadaan di Myanmar dan berharap pergolakan dan keganasan akan dihentikan bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat.
"Krisis Myanmar adalah rumit dan ia mesti dikaji dengan lebih mendalam daripada pelbagai aspek untuk lebih memahami situasi bagi menyelesaikan krisis secara beransur-ansur," katanya.
Prayuth memberi jaminan bahawa Thailand akan terus menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian yang berada di sepanjang sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
![Konsensus 5 perkara ASEAN perlu perpaduan serantau, sokongan antarabangsa - PBB Konsensus 5 perkara ASEAN perlu perpaduan serantau, sokongan antarabangsa - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640340437_myanmar.jpg)
Thailand sedang mengikuti rapat keadaan di Myanmar dan berharap pergolakan dan keganasan akan dihentikan bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat - Foto REUTERS/gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
![Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708872868_BarjoyaiBardai.jpg)
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
![DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738656886_DNBericssongobin.jpg)
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
![ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana... ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738638763_ASEAN.jpg)
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
![Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
![Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738564596_pusatdata.jpg)
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
!['Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong 'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738557190_TBparlimen.jpg)
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
![[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai [KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738395359_TBAZHAR.jpg)
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
![Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
![ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737448535_TBASEAN.jpg)
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.