ISTANBUL: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat mengatakan konvoi bantuan kemanusiaan telah diserang dan dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
"Sudah tiba masanya untuk penyiasatan bebas dan akauntabiliti," kata Lazzarini.
Beliau menyeru agar wartawan antarabangsa dibenarkan masuk ke Gaza untuk menyokong rakan-rakan Palestin mereka "supaya laporan yang bebas, faktual dan berani dapat diteruskan."
Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Gaza sejak 7 Okt, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera.
Lebih 36,700 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, dan lebih 83,500 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Lapan bulan memasuki perang Israel, kawasan luas di Gaza hancur di tengah-tengah sekatan yang melumpuhkan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang keputusan terbarunya mengarahkan Tel Aviv supaya segera menghentikan operasinya di bandar selatan Rafah, yang lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Sebuah lori membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Foto REUTERS

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Jordan hantar konvoi 50 lori bawa bantuan ke Gaza
Setakat ini, Jordan telah menghantar 4,326 lori bantuan ke Gaza, selain 53 pesawat melalui Lapangan Terbang El-Arish di Mesir.

Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.

Perang Palestin-Israel: Kumpulan kedua konvoi bantuan tiba di Gaza
Kumpulan pertama telah masuk ke Gaza pada Sabtu, menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini, menurut Agensi Perita Palestin (WAFA).