Pasukan penyiasat meneliti lokasi pesawat terhempas di San Francisco bagi mengenal pasti punca nahas berlaku yang meragut dua nyawa penumpang.
Setakat ini, dua perakam data pesawat berjaya ditemui dan pasukan penyiasat akan mencari maklumat tepat punca pesawat itu terhempas.
Kotak hitam pesawat kini dihantar ke Washington bagi mendapatkan maklumat akhir sebelum pesawat terhempas.
Selain itu, pasukan penyiasat akan menemubual penumpang, juruterbang dan anak kapal mengenai nahas itu.
Aspek yang diberi perhatian oleh penyiasat adalah operasi pesawat dan prestasi juruterbang.
Pesawat Asiana Flight 214 terhempas ketika mendarat di lapangan terbang San Francisco kira-kira 11:26 pagi Ahad.
Ketika nahas, ia membawa lebih 300 penumpang termasuk 30 kanak-kanak, dan anak kapal.
Daripada jumlah itu, seratus 41 adalah warganegara China, 77 Korea Selatan, 61 rakyat Amerika Syarikat selain Kanada, India, Jepun, Perancis dan Vietnam.
Pesawat berkenaan milik Asiana Airlines berpangkalan di korea Selatan.
Astro Awani
Sun Jul 07 2013
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan: Lelaki buka pintu pesawat kerana mahu cepat turun - Polis
Dalam soal siasat, lelaki itu berkata dia tertekan selepas hilang pekerjaan baru-baru ini, menurut polis.
200 penumpang, anak kapal cemas, pintu kecemasan pesawat terbuka di ruang udara
Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu.
Mavcom lulus penggabungan syarikat penerbangan Korea
MAVCOM mengambil maklum bahawa penggabungan berkenaan bertujuan menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut.
Pesawat Asiana Airlines mendarat cemas di Hiroshima, 23 penumpang cedera
Lebih 20 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Airbus A320 milik Asiana Airlines membuat pendaratan cemas di sebuah landasan di barat Jepun pada malam Selasa.
Kotak hitam Asiana Airlines dihantar ke Washington
Penyiasat juga akan menemubual penumpang, juruterbang dan anak kapal mengenai nahas yang berlaku pada hari Ahad.
Pesawat terhempas di San Francisco, dua terbunuh
Sebuah pesawat milik Asiana Airlines terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.