KRISIS bekalan makanan ketika ini dikhuatiri bakal menjadi krisis kesihatan, sama seperti pandemik COVID-19.
Pengarah Eksekutif Dana Global untuk Memerangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria, Peter Sands memberi amaran tersebut susulan perang yang tercetus antara Rusia dan Ukraine.
Dalam temu bual bersama Reuters pada Selasa, beliau menjelaskan, pengurangan bekalan makanan ini berlaku dalam dua situasi.
"Pertama adalah tragedi di mana orang ramai mengalami kebuluran sehingga maut.
"Kedua adalah hakikat yang mana sebilangan besar individu dengan jumlah yang tinggi mengalami kurang nutrisi menjadikan mereka lebih berisiko kepada penyakit sedia ada," jelasnya.
Ujarnya, usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan wabak tidak seharusnya membuat kesilapan "biasa" dengan hanya mengambil berat mengenai krisis yang menyerupai ancaman terbaharu dunia baru-baru ini.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 15 juta individu meninggal dunia akibat COVID-19.
Sands turut menggesa agar pelaburan ditambah bagi memperkasakan sistem kesihatan dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan makanan.
Untuk itu, pertubuhan tersebut menyasarkan untuk meraih lebih AS$18 bilion untuk memperkasa sistem kesihatan, melawan tiga penyakit utama dan langkah pembaikan semula susulan pandemik.
Sasaran itu ditingkatkan satu per tiga daripada sasarannya untuk 2024-2026.
Agensi
Wed Jun 08 2022

Sands turut menggesa agar pelaburan ditambah bagi memperkasakan sistem kesihatan dalam usaha menangani krisis bekalan makanan. -Gambar hiasan/REUTERS
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).