KUALA LUMPUR: Pasukan tentera Ukraine telah menahan 200 tentera Rusia sejak Kremlin melancarkan serangan ke atas di negara itu empat hari lalu.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan di Kedutaan Ukraine di Amerika Syarikat, Mejar Jeneral Borys Kremenetsky, kesemua tahanan perang itu dilayan mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Konvensyen Geneva.
Daripada 200 tentera Rusia yang ditahan itu, beliau berkata, ada dalam kalangan mereka yang berusia 19 tahun dan tidak mendapat sebarang latihan ketenteraan dan tidak memiliki kelengkapan peralatan ketenteraan.
Memetik laporan agensi antarabangsa, Kremenetsky turut berkata, kesemua tahanan itu turut dibenarkan menelefon ibu-bapa mereka dan diberikan makanan secukupnya.
Dalam pada itu, Kremenetsky turut menegaskan bahawa Ukraine memerlukan bantuan daripada negara-negara luar dan akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Sehingga kini, hanya bantuan peralatan ketenteraan dari negara Lithuania telah tiba di negara itu.
Agensi
Sun Feb 27 2022

Tentera Ukraine berkawal di bawah jambatan di bandar Kiev bagi menghadapi serangan tentera Rusia. - Gambar AP

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Telegram atasi WhatsApp di Rusia
Penggunaan Telegram di negara itu meningkat mendadak sejak 24 Feb, sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Presiden Ukraine senarai tuntutan sebelum bertemu Rusia
"Letakkan senjata kamu. Ia lebih baik daripada mati di medan perang, di bumi Ukraine," seruan Volodymyr Zelenskyy kepada Rusia.

Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia
Disney juga akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Krisis Rusia - Ukraine: 200 tentera Rusia ditahan tentera Ukraine
Ada dalam kalangan yang ditahan itu berusia 19 tahun dan tidak mendapat sebarang latihan ketenteraan.

Menteri Luar ASEAN bimbang situasi di Ukraine
Semua pihak yang berkaitan diseru bertenang dan meneruskan dialog untuk mengurangkan ketegangan.