SEBUAH kubur seorang wanita di Desa Plampangrejo, Kecamatan Cluring digali oleh individu tidak dikenali pada Sabtu.
Ketua kampung berkenaan, Yudi Wiyono yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, perkara itu diketahui oleh seorang penjaga kubur selepas dia datang melawat kawasan perkuburan tersebut.
"Saya percaya kejadian itu dilakukan pada malam hari. Pagi tadi sekitar jam 7.30 pagi (Ahad) penjaga kubur melihat ada kesan kubur digali, setelah itu dia laporkan kepada saya," kata Yudi kepada pemberita pada Selasa.
Menurut Yudi, kubur berkenaan dipercayai makam seorang perempuan yang dikenali sebagai ED,43, yang meninggal minggu lalu kerana sakit.
"Penggalian dilakukan tepat selepas tujuh hari Allahyarham dikebumikan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, jenazah masih berada dalam keadaan baik kerana pelaku hanya mengambil dua utas tali putih pengikat kain kafan jenazah.
'Tali pocong' itu lazimnya diikat di beberapa bahagian di kain kafan jenazah antaranya di kepala, leher dan kaki.
Dipercayai tujuan tali pocong dicuri untuk dijadikan syarat dalam ritual ilmu ghaib.
Sementara itu, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kubur itu digali dan pelaku kini sedang diburu oleh pihak polis. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Thu Jul 04 2024
Polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kubur itu digali dan pelaku kini sedang diburu. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kubur wanita digali, dua utas 'tali pocong' hilang
Sebuah kubur seorang wanita di Desa Plampangrejo, Kecamatan Cluring digali oleh individu tidak dikenali pada Sabtu.
Misteri kematian anak pelakon terjawab lepas kubur digali
Tindakan pelakon Tamara Tyasmara membenarkan pihak berkuasa menggali kubur anak lelakinya yang meninggal dunia menemui jawapan positif.
Penganggur dituduh bunuh warga emas
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas di Kulim, pada 5 Oktober lalu.
Polis gali semula kubur warga emas, disyaki wujud unsur jenayah
Setelah mendapat kebenaran Mahkamah Kulim, kerja penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Serdang dilakukan pada Jumaat.
COVID-19: Brazil lancar pelan darurat, sedia lebih banyak kawasan perkuburan
Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan.
Dua lelaki ceroboh tanah kubur untuk cari harta lama ditahan polis
Polis terima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 2 petang mengenai kegiatan dua lelaki itu yang dikatakan menggali sebuah kubur lama.