GAZA: Kira-kira dua juta penghuni kem perlindungan di tengah Semenanjung Gaza terus dihimpit kesukaran hidup, kini, berdepan dengan penularan kudis buta, iaitu sejenis penyakit kulit yang amat mudah berjangkit.
Pengarah Pusat Perubatan di Pusat Perlindungan Al-Nakheel di Bandar Deir al-Balah, Semenanjung Gaza, Sami Ahmed, mengeluarkan amaran "tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya."
"Kem-kem perlindungan sedang menghadapi bencana wabak berkaitan kulit terutama kudis buta dan penyebarannya yang cepat sangat membimbangkan ekoran kepadatan penduduk yang besar," katanya seperti dipetik Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Beliau mengaitkan penyebaran kudis dengan "pembentukan kolam kumbahan, yang merupakan persekitaran yang subur untuk pembiakan serangga dan vektor penyakit termasuk hama".
"Selama sembilan bulan, tiada mana-mana badan tempatan, antarabangsa atau awam mengepam air kumbahan ke loji rawatan ekoran gangguan bekalan elektrik. Kolam kumbahan terus terbiar dan ini telah menyebabkan penularan pelbagai penyakit bawaan air dan serangga, antaranya kudis inilah," katanya.
Memburukkan lagi keadaan ialah kekurangan ubat-ubatan dan petugas perubatan, ketiadaan air bersih dan alatan sanitasi yang membawa kepada komplikasi teruk kepada pesakit dan cedera", katanya.
Sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza 7 Okt lepas, pelbagai badan kesihatan, hak asasi manusia dan organisasi serta institusi antarabangsa telah memberi amaran tentang penyebaran penyakit dan wabak dalam kem-kem perlindungan di Gaza akibat kesesakan luar biasa dan ketiadaan alatan sanitasi asas.
Sumber perubatan mengesahkan bahawa beribu-ribu pesakit di Semenanjung Gaza berdepan risiko kematian akibat kekurangan ubat-ubatan dan kemusnahan sistem kesihatan akibat serangan ganas Israel.
Dalam konteks yang sama, Ahmed berkata penyakit dan wabak lain juga sedang merebak di dalam kem termasuk cacar dan dermatitis akut, yang disebarkan oleh nyamuk.
Ahmed berkata:"Jika ubat-ubatan dan rawatan untuk penyakit kulit ini tersedia di Semenanjung Gaza, ia adalah suatu "keajaiban". Sangat sukar."
Beliau berkata pusat perubatan yang tersedia mengalami kekurangan kira-kira 13 jenis ubat untuk rawatan penyakit kulit dan mereka hanya dibekalkan satu liter ubat jenis ini setiap 20 hari.
"Bekalan ini boleh menyelamatkan penghuni kem daripada kudis, tetapi satu liter pastinya tidak cukup dan hanya bertahan paling lama lima hari. Jadi, kami mencairkannya supaya bilangan pesakit yang mendapat manfaat lebih ramai," katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu pihak berkuasa dan negara-negara yang berkenaan untuk "menyumbang dan menghantar ubatan dan rawatan segera berkaitan penyakit kulit."
Jun lepas, sumber perubatan mengumumkan kehilangan 70 peratus senarai ubat penting dari gudang Kesihatan Gaza, selain memberi amaran mengenai kehabisan ubat dan bekalan perubatan untuk penyakit khusus seperti kanser dan kegagalan buah pinggang.
Pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan lebih 125,000 maut dan cedera, majoritinya kanak-kanak dan wanita, selain lebih 10,000 lagi hilang di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Kem-kem perlindungan sedang menghadapi bencana wabak berkaitan kulit terutama kudis buta dan penyebarannya yang cepat sangat membimbangkan ekoran kepadatan penduduk yang besar. - Reuters

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.