KUALA LUMPUR: Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi ini yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau memulakan kunjungan ke Kyrgyzstan pada 14 Mei, diikuti Kazakhstan dan Uzbekistan.
Kyrgystan and Uzbekistan adalah negara yang dikelilingi daratan.
Kazakhstan merupakan negara kesembilan terbesar di dunia, ia bersempadan dengan Rusia di utara, Laut Caspian di barat daya; Turkmenistan, Uzbekistan dan Kyrgyztan di selatan, dan China di timur.
Tiga negara itu adalah negara bekas Kesatuan Soviet.
"Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai.
"Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis," kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sempat makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama Uzbekistan, Achilbay Jumaniazovich Ramatov dan pimpinan lain tidak jauh dari Kompleks Kalon Minaret sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Sebelum berangkat ke lapangan terbang, pimpinan Kerajaan Uzbekistan menghadiahkan sepersalinan pakaian tradisi rasmi khusus buat pemimpin tertinggi Bukhara dikenali sebagai 'Chapan Bukhara'.
"Achilbay dan Penasihat Kepada Presiden Uzbekistan, Muzaffar Komilov kemudian mengiringi saya dan delegasi Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bukhara."
"Saya zahirkan ucapan penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa sepanjang kami berada di Uzbekistan sejak Jumaat lalu. Berat hati untuk melangkah meninggalkan Uzbekistan selepas hubungan erat yang terjalin meskipun hanya dalam tempoh singkat," kata beliau lagi.
Perdana Menteri berkata beliau juga amat menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin dengan Presiden Shavkat.
"Terima kasih atas keikhlasan yang dihulurkan sepanjang pertemuan dan perbincangan kami," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Anwar memulakan kunjungan ke Kyrgyzstan pada 14 Mei, diikuti Kazakhstan dan Uzbekistan. - Gambar FB Anwar Ibrahim
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China
Mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.
Perwatakan Tuanku sama seperti Almarhum Sultan Ahmad Shah
Sikap mesra, rendah diri dan tidak sombong antara perwatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang amat disenangi oleh rakyat.
Hubungan Malaysia-Indonesia lebih utama berbanding masalah berbangkit antara kedua-dua negara - Anies Baswedan
Masalah yang timbul sebagai sebahagian daripada resam hidup berjiran dan akan diselesaikan dalam suasana persahabatan.