ANKARA: Lautan dunia berada pada tahap paling panas pernah direkodkan pada 2022, menurut hasil kajian baharu.
"Kitaran tenaga dan air Bumi banyak berubah disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau akibat aktiviti manusia yang mendorong perubahan meluas dalam sistem iklim Bumi," lapor Agensi Anadolu memetik laporan oleh kumpulan saintis antarabangsa yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Atmospheric Sciences.
Pemanasan lautan menyebabkan "cuaca yang lebih melampau dan menjurus kepada kesan luar biasa di seluruh dunia," kata ahli pasukan kajian itu dan profesor di Universiti St. Thomas di AS John Abraham.
Menggunakan rekod yang disimpan sejak 1958, analisis menunjukkan terdapat "peningkatan suhu laut yang tidak dapat dielakkan dengan pemanasan melonjak selepas 1990".
Memandangkan lautan menyerap lebih 90 peratus lebihan haba yang dihasilkan oleh pelepasan gas rumah hijau, pemanasan lautan dan kesannya terhadap cuaca ekstrem akan meningkat sehingga manusia merealisasikan pelepasan sifar bersih, menurut laporan itu.
Hasil kajian berdasarkan laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) Oktober lalu yang menunjukkan kepekatan atmosfera tiga gas rumah hijau utama - karbon dioksida, metana dan nitrous oksida - semuanya mencapai rekod tertinggi pada 2021.
"Data mengenai peningkatan berterusan dalam kepekatan gas penangkap haba utama, termasuk rekod pecutan dalam paras metana, menunjukkan arah tuju kita kini tersasar," kata ketua WMO Petteri Taalas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Lautan dunia berada pada tahap paling panas pernah direkodkan pada 2022, menurut hasil kajian baharu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lautan dunia semakin panas pada 2022 - Kajian
Lautan dunia berada pada tahap paling panas pernah direkodkan pada 2022, menurut hasil kajian baharu.