BANGKOK: Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bulan depan mencetuskan harapan agar beliau dapat membantu mewujudkan keamanan di selatan Thailand, lapor berita tempatan.
Ahli akademik dan pakar yakin bahawa lawatan Anwar dijangka menyumbang momentum kepada proses dialog damai selatan Thailand.
"Anwar mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang pergolakan di selatan berbanding pemimpin sebelumnya," kata mereka.
Memandangkan Malaysia telah bangkit daripada krisis politik baru-baru ini, kepimpinan baharu barangkali berminat untuk memulakan dasar baharu mungkin termasuk penglibatan serius dalam membantu menyelesaikan masalah pemberontakan di selatan Thailand, lapor Bangkok Post.
Malaysia turut berperanan sebagai fasilitator bagi proses dialog damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun lamanya yang meletus pada Januari 2004 di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Beliau menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang tamat perkhidmatannya sebagai ketua fasilatator pada 31 Disember 2022.
Pensyarah kanan Institut Kajian Keamanan di Universiti Prince of Songkla, Penolong Prof. Dr Srisompob Jitpiromsri berkata, rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dapat diperbaiki dengan Anwar selaku perdana menteri.
"Beliau (Anwar) memahami isu pemberontakan dengan lebih mendalam dan mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk di wilayah selatan sejak sekian lama.
"Syarat rundingan untuk Thailand secara relatifnya utuh tanpa perubahan kerajaan," katanya seperti dipetik Bangkok Post.
Sementara itu, bekas pensyarah hubungan antarabangsa di Universiti Chulalongkorn Panitan Wattanayagorn berkata, kebarangkalian rundingan damai membuahkan hasil kini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Anwar rapat dengan ramai tokoh di Thailand termasuk ahli politik, pegawai kanan tentera dan ahli akademik serta masyarakat sivil.
"Rundingan damai boleh menarik lebih banyak kumpulan pemberontak selain BRN.
"Melihat kepada gambaran yang lebih luas, terdapat harapan yang tinggi (untuk rundingan damai) walaupun tetap berhati-hati untuk mengelakkan kekecewaan," katanya.
Ahli akademik bebas dan penyelaras Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) untuk keamanan dan pembangunan di kawasan sempadan selatan, Mansor Salae berkata Anwar boleh memainkan peranan penting dalam mencapai kemajuan dalam rundingan damai.
Walaupun Malaysia mungkin mengalami masalah dalam melaksanakan peranannya sebagai fasilitator kerana politik dalaman, ia tidak menjadi masalah untuk rundingan damai antara kerajaan Thailand dan gerakan pemisah BRN.
Sementara itu, Bangkok Post melaporkan Zulkifli dijangka mengadakan perbincangan dengan Jeneral Wanlop yang mengetuai Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) pada 28 Feb.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa parti utama termasuk BRN.
Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN disambung semula pada tahun 2019 dengan kemajuan yang konkrit dan ketara telah dicapai yang menimbulkan harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan Thailand.
Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan keganasan yang bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla yang terletak di selatan Thailand sehinga kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Malaysia berperanan sebagai fasilitator bagi proses damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun lamanya yang meletus pada Januari 2004 di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla. - Gambar hiasan/Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Presiden FAM jumpa PM Anwar, kongsi agenda terkini bola sepak negara
Mohd Joehari menekankan hasrat memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Perdana Menteri.