SINGAPURA: Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef).
Abdul Rahman berada di Singapura selama tiga hari mulai 5 Mac 2023 untuk lawatan pertamanya ke republik itu dan bertemu Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen pada Selasa, menurut Mindef menerusi laman sesawang.
Semasa pertemuan itu, Dr Ng dan Abdul Rahman mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan erat antara Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta membincangkan kerjasama pertahanan mengenai cabaran bersama di rantau ini.
Beliau turut bertemu Panglima Pasukan Pertahanan Singapura Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Ketua Angkatan Laut, Laksamana Muda Aaron Beng selepas memeriksa Kawalan Kehormat di Mindef.
Abdul Rahman melawat Pangkalan Tentera Laut RSS Singapura-Changi pada Isnin, dan meninjau Frigate RSS Tenacious kelas Formidable RSN termasuk kemudahan latihan lain.
"RSN dan TLDM berinteraksi secara kerap melalui latihan dua hala, lawatan, pertukaran profesional, kehadiran silang kursus, serta melalui platform pelbagai hala seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Rondaan Selat Melaka.
"Interaksi ini telah mengukuhkan persefahaman dan hubungan profesional antara kedua-dua tentera laut," menurut Mindef.
Sementara itu Dr Ng menerusi hantaran di Facebook mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang baharu.
"Kami membincangkan ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini, dan mengesahkan lagi keperluan untuk hubungan dua hala yang kukuh, FPDA dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN untuk kestabilan. Kedua-dua tentera laut akan meningkatkan kerjasama," menurut catatannya.
Hantaran berkenaan turut disertakan foto lawatan Abdul Rahman ke negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
![Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin' Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678247569_AbdulbinRahman.jpg)
Semasa pertemuan itu, Dr Ng dan Abdul Rahman mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan erat antara Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).- Foto FB Dr Ng Eng Hen
![RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740044517_HannahYeoh.jpg)
RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.
ASEAN 2025 | 20 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Malaysia sedang berusaha untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Simposium ASEAN-UK platform majukan ekonomi kreatif
Simposium ASEAN-UK mengenai Pembangunan Rangka Kerja Kelestarian Ekonomi Kreatif ASEAN menjadi platform utama memajukan industri budaya dan kreatif di rantau ini sambil memupuk pembangunan lestari dalam Ekonomi Kreatif ASEAN.
China akan tambah bilangan negara dikecualikan visa
China sebelum ini melonggarkan syarat visa bagi pelancong ASEAN yang melawati Xishuangbanna di Yunnan, yang sering menjadi tumpuan pelancong sewaktu musim bunga.
Desaru jangka sektor pelancongan dapat nafas baharu
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Nazrul Abd Rahim berkata, AEM dapat membantu mempromosikan Desaru sebagai lokasi pelancongan setanding lokasi lebih terkenal seperti Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman.
Pelan kerjasama komprehensif lima tahun bakal dirangka
Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko berkata, keputusan itu dibuat selepas Rusia mendapati kerjasamanya dengan setiap negara anggota ASEAN, serta bersama ASEAN sebagai sebuah blok, semakin erat dalam beberapa bidang.
Sidang kemuncak buka potensi besar kerjasama rentas sektor
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China adalah negara pasaran terbesar, manakala GCC merupakan negara yang mempunyai modal, sementara ASEAN merupakan blok negara yang mempunyai banyak sumber asli.
Kerjasama rapat jamin keselamatan, pembangunan Asia Pasifik
China juga komited menggunakan ASEAN sebagai platform yang berkesan untuk menyelesaikan pertelingkahan sempadan di Laut China Selatan.
![606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008 - Exco 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740046640_FahmiNgah.jpg)
606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008 - Exco
Sebanyak 606 sekolah tahfiz di Selangor dikenal pasti tidak pernah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak 2008.
![Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717050804_pesawathelikopter.jpg)
Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih
Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
![Kapal LCS pertama akan berada di permukaan air Mei atau Jun depan Kapal LCS pertama akan berada di permukaan air Mei atau Jun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705652668_TBKapalLCSjpg.jpg)
Kapal LCS pertama akan berada di permukaan air Mei atau Jun depan
LCS yang pertama akan berada di permukaan air pada Mei atau Jun depan sebelum ia ditauliahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada penghujung 2026.
![Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin' Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678247569_AbdulbinRahman.jpg)
Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'
Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama.
![Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674815481_AbdulRahmanAyob.jpg)
Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
![Pertahanan negara 'insurans', pelaburan kerajaan hadapi situasi VUCA - TLDM Pertahanan negara 'insurans', pelaburan kerajaan hadapi situasi VUCA - TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664705690_PanglimaTenteraLau.jpg)
Pertahanan negara 'insurans', pelaburan kerajaan hadapi situasi VUCA - TLDM
Pertahanan negara perlu dikukuhkan bagi menghadapi situasi keselamatan dunia yang dinamik dan sentiasa berubah.
![Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660612537_recording.jpg)
Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS
Media sebelum ini difahamkan seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan perolehan enam kapal tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
![Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658235637_PanglimaTenteraLau.jpg)
Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.
![Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566549355_TBTENTERA.jpg)
Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima
Aset pertahanan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih lagi mampu berfungsi melaksanakan operasi ketenteraan meskipun berusia puluhan tahun.
![82 tahun penubuhan: TLDM kini tentera laut lepas bertaraf dunia 82 tahun penubuhan: TLDM kini tentera laut lepas bertaraf dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461556246_PanglimaTLDM.jpg)
82 tahun penubuhan: TLDM kini tentera laut lepas bertaraf dunia
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pencapaian yang dinikmati TLDM hari ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen berterusan semua warga agensi itu.