Kejadian itu berlaku di Kecamatan Kraksaan, Kabupaten Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
"Rupa-rupanya ia berpunca daripada masalah rumah tangga," kata jurucakap polis, Iptu Djuwantoro Setyowadi.
Listi bertindak keluar dari rumah selepas pertengkaran mereka semakin tegang dan meminta jirannya menghantar ke rumah rakannya di Perumahan di Kecamatan Pajarakan.
"Kira-kira sejam selepas Listi meninggalkan rumah, dia dimaklumkan tentang rumahnya terbakar. Suaminya melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut mendapati suspek melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT)," ujarnya lagi. - Sinar Harian memetik agensi